Saturday, February 7, 2009

Pagi di Titiwangsa

Berjaya juga aku memujuk hati dan badan ke Tasik Titiwangsa.

Sampai2 aku salin kasut dan warm up ala kadar. Dalam kepala, nak lari ke arah mana ek? Walaupon dalam hati aku tau yang aku akan banyak berjalan dari berlari...hehehe. Akhirnya, aku memilih untuk berlari ke arah satu bukit kecil di tasik itu dan aku cuba tawaf bukit comel itu sebanyak 5 kali sebelum aku mula bosan. Destinasi seterusnya, merayap2 di sekitar tasik. Terserempak pula dengan sorang Uncle yang sedang ber'taichee' dan dia di kelilingi beberapa pengunjung tasik. Aku pon ambil port dan ikut ber'taichee' sekali. Pergerakan dia perlahan sahaja tapi peluh bercucuran keluar dari dahi aku. Pada masa yang sama telinga aku menangkap muzik aerobik dan juga pengumuman yang tarian Poco-poco akan dimulakan di padang berdekatan. Aku pon abandonkan taichee aku (lagipon nyamuk banyak la pulak dok gigit aku) dan mencuba untuk ber'poco-poco'. Sesungguhnya, aku nie memang gagal dalam poco-poco tersebut. Aku cuba nak follow step orang yang kat depan, tak jadi jugak la. Akhirnya, aku buat la poco-poco versi aku sendiri....hentam sajalah Labu......

Dalam pukul 9 lebih baru aku tinggalkan tasik. Rasanya, ke tasik di waktu pagi lebih tenang dari di waktu petang. Parking mudah, pastu banyak pulak aktiviti2 yang boleh aku menempel. InsyaAllah aku nak cuba bangun awal esok untuk ke tasik...tapi kalau ada orang jerit lagi pepagi la....hehehehe. By the way, aku belum dapat lagi cerita sebenar pagi tadi....

No comments: