2 months ago
Saturday, February 7, 2009
Jeritan Dinihari
Aku terjaga dari tido dengan bunyi jeritan perempuan yang berselang seli dengan bunyi alarm dari telefonku. Keliru sekejap aku, mimpi atau realiti. Aku mengambil masa setengah minit untuk meyakinkan diri aku yang bunyi jeritan itu adalah realiti. Lalu terus aku bingkas dari tidur dan menyelak tingkap bilik tidur tetamu (ye..aku tak tidur kat bilik aku pasal aku in the mood untuk bertukar katil). Hmm...tak nampak apa2 pon. Terus aku bergerak dengan pantasnya dalam gelap ke balkoni. Suara jeritan sudah tiada. Tapi aku nampak beberapa orang di seberang jalan sedang kecoh. Aku cuma menganalisa situasi dari atas? Ada orang kemalangan ke? Tak nampak pulak yang terbaring atau berdarah. Aku boleh dengan beberapa suara dari atas atau bawah dari rumah aku bercakap sesuatu yang aku tak bolah paham. Aku pandang lagi kebawah. Nampak seorang dua sedang mengutip sesuatu ditengah jalan. Hmmmm...kes ragut ke ni??? Kemudian sayup2 aku boleh mendengar Uncle teksi bertanya soalan di dalam bahasa Cina yang sememangnya aku tak paham tetapi antara butir jawapan yang dijawap oleh saksi kejadian yang aku boleh paham adalah 'pisau', dan 'ramai-ramai'. Nampak juga aku seorang wanita bertudung di kalangan saksi kejadian. Maybe dia mangsa, dan sewaktu kejadian dia dibantu dua orang lelaki Cina yang kebetulan lalu di situ. Entah lah. Tapi, kerana kejadian yang aku tak faham nie, aku tak boleh tido balik dan terus berblog di subuh2 shafie ini. Mungkin aku nak ke Titiwangsa pagi ni untuk berlari lagi sekali....kita tengok mood camna. AKu nak tunggu matahari naik sikit sebelum aku buat keputusan. Mungkin aku boleh tanyakan pada Pak Gad apa yang terjadi sebenonye pagi nie?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
huissshhh...apakah??
Post a Comment