Monday, February 2, 2009

Ngomel

Ish..ish...ish...berdebu dah blog nie....macam umah aku jugak. Ingatkan cuti tiga hari ni aku boleh gunakan untuk mengemas tapi hanya tinggal ingatan jek la. Aku cuma bersemangat untuk menggosok sebakul baju dan juga menyental lantai balkoni rumah aku yang dah berapa bulan aku tak jejak. Ya...balkoni itu hanya hiasan sahaja. Jarang sekali aku nak menjejakkan kaki keluar untuk menghirup udara segar atau yang sewaktu dengannya. Aku rasakan, tanpa balkoni itu aku tidak akan merasa kehilangan apa2 pon.

Cuti tiga hari ini aku gunakan sepenuhnya untuk marathon Grey's Anatomy Season 5 dari episod 1 hingga 13. Di episod yang terakhir sekali, boleh pulak aku menitiskan airmata. Minah karat sungguh aku ni. Kemudian, aku turut menggunakan masa yang terluang untuk mendengar audio book 'Twilight Saga' yang merangkumi 4 buku; Twilight, New Moon, Eclipse & Breaking Dawn. Ini semua gara2 pilem Twilight. Aku rasa aku telah terkena gigitan 'Edward'...hehehe
Aku juga sempat ke kenduri adik Juli semalam. Satu lagi kenangan manis yang membuatkan aku tersenyum sensorang sebelum tido malam tadi.

Rina ada menelefon dari Hamilton untuk bertanya khabar dan bersembang panjang. Rina masih runsing dengan tesisnya. Ditambah lagi dateline tesis beliau adalah dalam bulan Ogos nanti dan dia masih tersangkut di bahagian analisis lagi. Nampak gayanya, rancangan aku dan Cik Juli nak menziarah beliau tahun ini kena ditunda lagi. Aku rasakan yang kedatangan kami nanti akan menganggu konsentrasi Rina terhadap pelajarannya. Jadi tak apa lah. Rina pon akan berada disana lebih lama lagi kerana hasbennya akan memulakan Master tahun ini. Tahun depan la gamaknya baru kami boleh menjejakkan kaki ke bumi biri2 itu. Tahun nie kami kena jejak kaki ke bumi lain dahulu. Bumi mana ye????

Sekarang ini, aku sedang menunggu waktu Maghrib kerana aku ada dinner date ngan Cik Juli. Kami bercadang untuk jalan2 cari makan di Aunty Aini's memandangkan Cik Juli belum berkesempatan untuk merasa masakan di sana. Pelan asal adalah minggu hadapan tapi memandangkan Cik Juli kena ke Fraser Hill, jadi kita tukar pelan. Lagipon, boleh la kami bergossip riang sambil berbincang bumi mana nak kami tawan tahun ini....muahahahaha.

Sehingga ketemu dilain masa....

No comments: