Sunday, January 20, 2008

Aunty Aini's Kampung Cafe

Pagi tadi aku bangun mcm nak selsema dah. Memandangkan aku malas nak layan selsema n demam nie, aku terpikir untuk lunch kat Aunty Aini's nie. Aku dah gie 3 kali dah. Jadi, aku ingat nak belanja G-han kerana belated birthday dia last week dan Faiz sekali sebagai tetamu yg mai KL nie. So pagi tadi dah sms dedua tanya depa on ke dak...n dedua bg greenlight so aku pon sesiap dan gie la menjemput G-han and then Faiz dan terus ke Nilai.

Jadik untuk lunch kitorang order nie

Ayam Kampung Masak Lemak

Burung Puyuh Goreng (sian org tu, 7 thn tak makan burung puyuh..hehehe)

Sotong ngan petai


Kailan ikan masin & sambal belacan dan ulam

Licin sumer lauk2 tuh. Bagus tui bawak depa dua nie makan....seronok aku tgk. Pas abis makan, G-han ngan Faiz makan tapai ais krim. Aku tak makan tapai so aku tgk jek la depa makan. Nampak sedap pon. Tapai aiskrim nie org kata a must try kalau korang makan tapai la. Sori takdak gambaq....depa dua makan laju sangat...sedap la tuh kot....hehehe

Okay, sebelum korang start tanya camna nak gie sini meh leh aku tlg bagi direction. Hmmm...
  • Dari tol plus, amik exit nak pie Nilai
  • Keluar tol, jalan straight sampai simpang 3 traffic light, ambik kanan.
  • Straight lagi, korang akan lalu 2 traffic light kot sampai satu roundabout, ambik pukul 9.
  • Then straight lagi sampai jumpa satu lagi roundabout, ambil kul 12.
  • Pastu straight lagi, sampai korang sampai traffic light simpang 3, ambil kanan.
  • Jalan straight jek, korang akan lalu pekan Nilai, pastu kedai minyak Shell sebelah kiri, then korang akan lalu kawasan2 kampung. Ada rumah banglo English style sebelah kanan. Terus lagik. Tapi jangan laju sgt, korang pandang jek sebelah kanan jalan. Nanti korang akan nampak signboard dan cafe Aunty Aini's. Park jek la tepi jalan tuh.
Tempat nie suasana dia mcm kampung la. Amat menarik untuk pi ujung minggu bila ada masa nak drive jejauh.

Pas makan pi Nilai 3 survey barang2 kawen untuk G-han.

2 comments:

minahmuar said...

salam lina. nnt akak balik malaysia bawak makan kat aunty aini's cafe ni ek. mcm best jer.

LiNa said...

no problemo akak...

call me anytaim....my treat!