Aku menyepi bukanlah kerana memberi peluang kepada blog ini untuk bersawang.
Aku sihat alhamdulillah. Agak sibuk kerana sedang menyiapkan satu lagi tugasan sekolah yang perlu dihantar sebelum 12 Januari. Tugasan kali ni agak menyerabutkan fikiran kerana memerlukan aku menjadi seperti sorang bos besar yang perlu menyediakan satu strategi operasi untuk organisasi ini. Oleh itu, aku megambil cuti yang panjang dari Krismas lepas sehingga tahun baru ini untuk bertapa di rumah dengan harapan ilham dan idea akan datang mencurah-curah. Namun, yang tragisnya idea itu datang bertitis-titis sahaja. Hingga hari ini, aku masih lagi tersangkut di soalan nombor 1. Nasib baik sudah selesai untuk soalan nombor 2.
Apa yang aku buat selama bercuti panjang ini selain bertapa???
- Ke kedai cermin mata bersama ibu tercayang untuk buatkan cermin mata baru untuk ibu. Cabaran juga sebenarnya bila mak ada dengan aku masa nak memilih rangka yang sesuai. Kerana, mak terlalu cerewet tentang harga. Eh, jangan salah sangka. Ibuku bukan jenis branded orangnya. Kalau ikut dia, dia nak yang murah2 aje. Tapi, aku nakkan yang terbaik. Jadinya, terpaksa la aku berpakat dengan jurujual kedai untuk tidak bercakap mengenai harga depan ibuku. Biarlah harga tu dibincangkan bila mata mak diperiksa di bilik gelap. Sementara menunggu itu, aku tergoda dengan satu cermin mata hitam yang amat vogue. Lalu ku sambar satu. Cuma kali ini, aku tidak buatkan lensa yang ada power untuk cermin mata itu memandangkan aku turut menyambar sekotak kanta lekap. Tapi, aku tidak pernah memakai mana2 kanta lekap. Jadi aku ambil yang 5 pasang dahulu untuk try test. Kalau sesuai, aku teruskan. Kalau tidak, terpaksa la aku buatkan lensa yang berpower untuk kaca mata hitam baruku nanti.
- Ke Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy bersama mak dan adikku. Walaupun keluarga aku dah tinggal di KL semenjak 1988 lagi, namun mak dan juga adik aku tidak pernah merasa ikan bakar di situ. Jadi, kami ke sana siang tadi yang turut disertai Yayah. Dan kalau ada Yayah, memang tidak sah kalau tiada stunt di lokasi. Kerana keaktifan Yayah yang melampau, dia telah terjatuh lalu dive di lantai. Bila semua orang tanya dia okay ke tidak? Dengan muka yang penuh kontrol "Yaya tak shakit". Yo la tuh....hehehehe.
- Abang aku menganjurkan sesi berpiknik ria di Tasik Permaisuri, Cheras. Seronok juga tengok anak2 saudara aku berlari riang ria di sana sambil aku menikmati nasi lemak yang amat sedap. Lepas kenyang makan, aku temankan Mak berjalan keliling tasik. Jauh rupanya, tapi melihatkan mak yang cool aje aku pon kena la cool jugak. Sehari selepas itu, aku rasakan urat kaki aku tegang kerana lama tak berjalan jauh. Guano nak kurus nie???
- Aku pergi mencari dua perabot yang telah lama aku idamkan iaitu sebuah almari kasut dan juga kerusi pejabat yang amat best itu. Alhamdulillah, kedua-duanya telah ku temui. Sekarang ini, kerusi tersebut setia menemani aku bukan sahaja di bilik belajar tapi untuk tengok TV di ruang tamu pun aku tak sudi lagi nak duduk di atas sofa. Seperti mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi pula aku ini. Pedulik!
- Menikmati pemandangan bunga api sempena tahun baru dari beranda rumah merpati aku ini. Banyak betul lokasi yang pasang bunga api tapi aku rasakan yang KLCC punya jugak yang tercantik.
- Aku turut membuat tugasan yang paling aku tak suka iaitu mengemop rumah. Ini pun kerana ada tetamu nak datang dan tido di rumah. Tetamu dekat aje. Siapa lagi kalau bukan Mak, adik dan juga adik ipar aku. Sekarang ni pon Mak tengah tido di bilik aku kerana esok boleh kami berdua belikan nasi lemak sedap untuk dibawa balik ke Abah. Abah tidak ikut serta kerana katanya surau di tempat aku nie kurang sangat jemaahnya. Dah la kurang, lambat pula solatnya. Jadi, dia lebih suka duduk di rumah sahaja.
- Baca novel Faisal Tehrani berjudul Tunggu Teduh Dulu. Permulaan yang agak bosan tapi ia semakin menarik dengan setiap helaian muka surat yang diselak. Masih dalam proses pembacaan. Novel ini teman aku sebelum tidur.
- Bila ada masa yang terluang dan stress yang melampau, aku tidur. Waktu tidur aku tak tentu. Mungkin 10 malam dan mungkin juga 4 pagi.

2 comments:
yayah jatuh ke ngangah???
adushhh!!!stunt sungguh budak kecik tu tau...
stuntgirl of the year....heheheh
Post a Comment