Friday, January 2, 2009

Aku yang Mengantuk

Pagi ini aku bersemangat untuk ke pejabat. Seawal jam 5.30 pagi aku sudah pon memegang stering kereta. Tetapi bila aku pusingkan ignition key, tiada apa yang bernyala. Hanya bunyi key chain kereta sahaja. "Ah sudah! Bateri flat lagi ke nie?" Aku berkira2 samada mau ambil cuti terus atau aku gagahkan diri ke pejabat dengan LRT. Aku memilih pilihan yang kemudian. Nasib baik sudah ada teksi yang menunggu dihadapan rumah merpati ku ini. Terus aku minta dihantar ke stesen LRT. Stesen masih berkunci. Sebaik sahaja azan subuh berkumandang, baru lah stesen dibuka. Memandangkan aku masih dalam cuti wanita, jadi tidak lah aku terkejar2kan solat subuh. Dalam LRT, fikiran aku sedang menyusun strategi bagaimana nak menghidupkan bateri itu. Aku agak ini mesti gara2 aku sendiri yang lupa nak tutup lampu kereta. Cuai lagi. Jadi aku ada opsyen samada aku akan ambil cuti setengah hari dan kembali ke rumah dan seterusnya aku akan telefon sahaja orang AAM untuk jump start bateri. Kalau tidak mampu juga, bateri akan ku tukar terus. Aku berkira2 mahu panggil AAM pagi tadi, tapi duit di dalam tangan hanya beberapa belas ringgit sahaja. Dibuatnya kena ganti bateri, tidak ke kes naya jek nanti bila duit tidak mencukupi. Jadi, sudahnya akan aku uruskan tengahari nanti. Yang penting, aku kena sembunyikan perkara ini dari Abah. Kalau tidak, panjang ceramahnya nanti. Lagipon, silap sendiri kan. Jadi sendiri mau setelkan.

Mata aku ini belum lagi berehat semanjak semalam. Aku bukan insomnia. Cuma waktu tidur aku sedikit lari kerana berjaga sepanjang aku bercuti panjang. Jadi, jam 3 pagi aku melayan DVD Twilight yang baru aku beri. Aku jadi tidak sabar untuk melihat cerita ini bila membaca blog adik Rara yang begitu bersemangat sekali bila bercerita tentang cerita ini. Harus aku akui cerita ini menarik. Tapi kerana kualiti dvd yang agak hampes, aku jadi tidak puas. Akan ku cari kualiti DVD yang lebih baik. Sebenarnya, sebelum aku melayan DVD Twilight itu, aku telah pun melayan DVD SATC The Movie. Nasib baik kualitinya baik. Kalau tidak, mau ku carik uncle topi hijau yang menjualkannya kepada aku semalam.

Selepas melihat 2 buah DVD dan selesai membaca sebuah novel melayu, barulah lapang hati aku untuk memulakan semula proses penulisan tugasan kelasku. Jadi, hari ini akan bermula penulisan tugasan yang lebih serius dari aku.


Ikhlas,
Aku yang menahan ngantuk di pejabat.

No comments: