Tuesday, May 13, 2008

RM 0 Fare : Air Asia vs MAS



Seperti biasa, aku dan juga tambang RM 0 ini memang tidak dapat dipisahkan. Jadi bila MAS melancarkan tambang Rm 0 ke semua destinasi domestik aku pon terus la telefon Cik Juli untuk tanya nak pergi mana. Memandangkan Cik Juli belum pernah jejak ke Sabah lagi, jadi kami menjadikan Sabah sebagai pilihan destinasi kami. Aku cuba booked untuk survey harganya dahulu. Aku maklumkan kepada Cik Juli dan kami decide untuk KIV dulu. Selang beberapa hari, aku menerima newsletter AirAsia menawarkan tiket percuma dengan kadar penjimatan sehingga 40% kepada surcharge dan juga cukai airport. Aku buat perkara yang sama, aku cuba tengok harga online...menarik. Setelah dimaklumkan kepada Cik Juli, kami masih belum buat keputusan. KIV dulu.

Jadi setelah aku membuat kajian didapati tiket pergi balik ke Kota Kinabalu dengan AirAsia adalah RM166 manakala dengan MAS pula ialah RM240. Please bear in mind walaupun harga AirAsia memang agak rendah berbanding MAS tapi dari segi servis dan keselesaan penumpang aku rasa MAS adalah terbaik. Tapi bagi aku yang bujang dan travel dengan Cik Juli yang bujang, kitorang tak kisah sangat pasal keselesaan. Dah biasa sangat berebut kerusi dalam AirAsia nie. Tapi bagi mereka yang travel bersama anak kecil dan juga orang tua, pilih aje MAS. Makan pon ada, kerusi tak yah rebut dan tak yah nak berjalan di bawah hujan atau panas matahari.

The choice is up to us!

No comments: