Sunday, May 11, 2008

Peringatan Untuk Aku Seorang Wanita

Sepanjang aku di Langkawi ini aku membuat memerhati gelagat sahabat-sahabat lelaki yang ada disekelilingku. Lebih kurang 10 orang semuanya. Setiap seorang mempunyai karekter berbeza. Tapi, satu perkara tidak boleh dipisahkan dengan orang bernama lelaki ini, pandangan mata mereka. Memandangkan dikalangan mereka-mereka ini, aku boleh dikategorikan sebagai 'one of them' jadi kerap juga mereka terlepas cakap dalam memberi komen-komen tentang wanita-wanita yang mereka lihat di depan mata yang boleh membuatkan aku tergelak ataupun tersenyum untuk menutup malu. Samada mereka bujang atau telah berkahwin, sama sahaja.

Salah satu peristiwa yang membuatkan aku malu dengan kaum sejenisku ialah apabila kami sedang melepak di lobi sambil menunggu kawan-kawan yang lain, datang seorang wanita yang agak gempal tubuhnya dan memakai track yang agak sendat serta mempunyai satu perkataan di bahagian b*nt*t dan duduk di sofa bertentangan dengan aku dan sahabat-sahabat lelaki lain. Kemudian dia bangun, dan membelakangi kami dan terus menunduk untuk menyelongkar begnya di atas sofa. Boleh korang bayangkan apa pemandangan yang sedang kami lihat? Tulisan pada bahagian 'aset' itu menjadi amat jelas. Aku secara otomatik memandangkan kengkawan lelaki yang lain untuk melihat ekspresi mereka. Apa yang aku boleh rumuskan ialah, mereka terkejut dan pandangan mereka dialihkan samada memandang ke lantai atau ke dinding. Tak ada seorang pon yang pandang ke hadapan. Mereka aku lihat seperti termalu sendiri. Tetapi hari ini sewaktu dalam perjalanan pulang, barulah terkeluar cerita semalam. Banyak ayat-ayat yang terkeluar dari mulut-mulut takdak insurans mereka ini tentang peristiwa semalam namun apa yang ingin aku perkatakan bukanlah tentang mulut mereka.

Ini adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri bagi diri aku seorang perempuan. Manusia ini memang sejak azalinya pelupa. Bagi wanita yang mempunyai beberapa 'aset', banyak mata-mata melihat apa yang kita tonjolkan, jadi pemakaian perlu dijaga untuk menyembunyikan 'aset' tersebut. Tingkah laku apatah lagi. Kita kena ingat, ramai yang melihat. Ramai yang menilai. Kita tidak tahu lagi berapa ramai yang berkata di belakang kita. Mulut manusia kan...bukan boleh ditutup jadi apa yang mampu kita lakukan ialah cuba kurangkan suara-suara sumbang itu.

2 comments:

Ms Lola said...

nasib baik i takdak aset. hahaha

LiNa said...

ya ka??? cam tak caya ja ms lola takdak aset besh2...hahahahaha