Monday, May 25, 2009

Maaf Terbuka

Di sini, penulis ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seseorang. Seseorang yang telah membelanja penulis serta sshabat penulis makan tengahari yang sedap berserta kuih akok yang amat lazat di Pantai Dalam. Ini adalah kerana, sesi makan tengahari ini dianjurkan untuk penulis menyerahkan buah tangan dari NZ kepada seseorang ini. Tapi gara2 penulis dan sahabat penulis yang begitu kalut dan terkejar2 maka, buah tangan itu tak diserahkan kerana penulis TERLUPA LANGSUNG.

Petang tadi, sewaktu penulis dan juga bonda tercinta sedang berjalan2 di JJ, tiba2 penulis teringat akan buah tangan yang disimpan di dalam bonet kereta lalu menepuk dahi dan juga membebel sorang2. Dengan pantasnye penulis mengSMS seseorang itu meminta maaf. Rupanya, seseorang itu ingat akan buah tangan itu tapi dia diam kerana katanya "dah orang tak bagi, takkan nak mintak pulak". Ya...saya setuju dengan ayat itu. Padan la muka seseorang itu semacam aje, macam ada mende nak luah tapi tak terluah....hehehehehe.

Jadi sudahnya, satu sesi makan2 akan dianjurkan sekali lagi dan kali nie, biarlah penulis yang bayo. Penulis dah rasa serba salah sebenonye dan juga agak malu kerana beria2 soh orang tuh belanja tapi alih2 orang tuh tak dapat apa2 pon.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri (walaupun hakikatnya tinggi), saya memohon maaf pada seseorang itu. Janganlah serik nak belanja lagi.....hahahahaha.

7 comments:

marts said...

Dengar cerita paginya sebelum lunch orang tu dengan bangganya cerita kat Abg Long dia nak pi lunch dan kutip souvenir dari jauh.

Masa dalam kereta nak balik Abg Long dia tanya dan lunch ke belum, sib baik dia tak tanya pasal souvenir apa.

Wa ka ka ka...

Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

*4 org akak2 kat opis yang mengandung suka hati dapat akok jugak*

LiNa said...

alamak....bersiap sedia la nak kena kutuk sebakul ngan Abg Long yer cik marts....hahahahaha

man from UNCLE said...

ni nak suruh uncle ke Abang Long dulu yg kutuk?


...marts dating dgn LiNa ekk...klepak klepak klepak klepak klepung klepung klepung klepak klepak klepung klepung klepung...

marts said...

Tang mana ada sebut marts gi dating ngan Lina, Uncle? Pitenah ni.

Lina, sila sediakan daging busuk sebakul tuk Uncle makan.

Hmm... Marts tak payah puasa la tahun ni, sebab dapat pahala puasa Uncle.

Eke ke ke...

LiNa said...

Ishkss....apa lak datingnya. Tak bek tau uncle berprasangka. Meh Ozah Lina bagi satu dalil.

Alfitnatu ashaddu minal qotl. Menfitnah itu lebih buruk dari membunuh....

Insap dak...insap dak????

Hehehehehe...

man from UNCLE said...

uncle tak pitenah ....uncle tuduh tanpa usul periksa je..

..hu hu hu... (tak pasal pasal dah kena tazkirah)

LiNa said...

haaa!!! insap pon....wakakakakaka!!!