Wednesday, May 13, 2009

Hari Kedua - Hamilton

Memandangkan malam sebelumnya kami kepenatan kerana flight yang panjang ditambah lagi dengan kekurangan tidur serta kelebihan makanan, maka hari kedua kami bangun lambat. Matahari dah tinggi baru la kami mandi dan makan.

Oleh itu, hari kedua ini kami manfaatkan dengan berjalan-jalan di pinggir bandar Hamilton. Tetapi sebelum itu kami sempat menghabiskan masa berposing dengan pokok berdaun merah ini. Musim luruh la katakan. Gambar posing terpaksa dikeluarkan bagi mengelakkan kami dari dihujani surat2 dari para peminat. Mari muntah purple semua....blueeekkkk!!!! Hehehehehe.

Sewaktu window shopping di kedai2 disekitar bandar ini, difikiran aku item yang paling penting yang aku wajib beli adalah kasut KUMFS. Di Malaysia, kasut ini tidak banyak dijual dan designnya amat terhad kalau nak dibandingkan di negara pengeluarnya iaitu NZ. Harganya pula, jauh lebih murah di NZ dari di Malaysia. Beza dalam RM200 ke Rm300. Jadi, wajiblah membeli sepasang dua. Perkara lain yang wajib dibeli disini adalah t-shirt Cantenbury dan All Black.

Setelah penat merayap, kami tidak membeli apa2. Hanya memandang sepi sahaja. Mungkin belum sampai lagi masa meroyan membeli belah. Singgah sebentar di Warehouse untuk membeli aiskrim buat Akid, sebuah pusat membeli belah macam Giant kat Malaysia nie la kot. Aiskrim yang boleh dimakan di NZ nie adalah dari jenama Tip Top (betulkan Juli????). Jadi tiada masalah jika anda kepingin ais krim di sana.

Esoknya, kami akan Otorohanga dan juga Waitomo. Nanti aku cerita apa yang menarik di sini.

2 comments:

kenshin said...

Kasi la banyak gamba sket Na...patutnya kau duduk NZ sampai hujung bulan ni...kat mesia skang ni pun siang-siang panas ya ampun...

LiNa said...

betui la kenshin....

demam aku dibuatnya....

gambo tuh banyak...tapi muka aku jek semua...so aku nie kan pemalu...hehehe. takpa...nanti aku bagi gambo bebanyak ek...