Wednesday, May 13, 2009

Catatan Hari Pertama

Setelah sekian lama menyepi diri, baru lah hari ini aku berpeluang untuk menulis tentang perjalanan aku ke bumi NZ.

Seperti yang aku ceritakan tempoh hari, sebaik tiba kami di Auckland, kami dibawa berjalan2 ke tempat bernama One Tree Hill. Rupanya, tanpa kami ketahui di puncak tempat kami bergambar riang itu adalah kubur Sir John Logan Campbell. Itupun, kami tahu dari Adib jiran Rina yang mengkhabarkan kepada kami seminggu selepas kami ke situ. Jadi, kalau ke sana, kena hati2 sikit lelebih lagi kanak2 kerana anak kecil Adib tidak dapat tido malam dan menangis2 selepas pulang dari sana.

Sebelum kami sampai ke Hamilton, kami menyinggah ke rumah adik Rina di Te Aroha, sebuah kawasan pekan yang berdekatan dengan kaki bukit untuk menjamu selera. Inilah makanan pertama kami di sana courtesy Chef Ajib dan Anne.

Lazat nampaknya kan? Memang lazat pon. Bila bab makan nie, memang macam kat Malaysia gayanya. Boleh dikatakan makan nasi setiap hari. Rasanya, sepanjang kami di sana, tak pernah tak cukup makan kecuali masa kami ke South Island. Ini akan aku ceritakan di posting yang lain.
Mungkin, kalau anda yang plan hendak ke sana, adalah lebih baik sekiranya dapat masak makanan sendiri. Kalau makanan segera, yang halal hanyalah McD Fillet Fish dan juga Nando's. Ye tuan2 dan puan2, Nando's pon halal. Cuma cawangan dia tidaklah banyak, dalam 5 buah kalau tak silap, Auckland, Hamilton, Tauranga, Wellington dan Queenstown (seingat aku ler). Kebab pon ada yang halal, tapi kena cari dan kena tanya.

Selepas kenyang, kami pon dibawa pulang ke Motel Rina di Hamilton. Ini adalah bilik penginapan kami sepanjang berada di sana. Tilam yang empuk itulah yang menjadi saksi (selain Cik Juli) dengkuran dan igauan aku memalam...kroih...kroih...kroih.

Oh ya, sebelum aku terlupa, sepanjang perjalanan ini kami turut mendengar kisah kemalangan ngeri yang menimpa warga UITM. Kesian juga mendengar kisahnya. Risau pon ada memandangkan aku bercadang untuk memandu apabila hendak merayap dengan Juli. Takut tak biasa dengan jalan orang. Di sini, orangnya lebih berhemah dari Malaysia. Cuma ada beberapa peraturan jalanraya yang kita kena ikut. Nak cerita di sini susah sedikit kerana melibatkan aku perlu melukis untuk memberi penjelasan yang lebih terang.

Seperkara lagi, di NZ, kalau anda dapati ada tanda2 salib kecil di tepi jalan, itu adalah sebagai menandakan pernah ada kematian akibat kemalangan di kawasan tersebut. Jadi jangan la saspen ye, itu bukan kubur.

2 comments:

marts said...

Lapar la tgk makanan tu.

Sup kambing ke tu? Sedapnya...

LiNa said...

sup tulang lembu, tapi kari kambeng.

sebut pasal lapaq nie...lapaq nak makan tpt besh la marts..hehehe. uncle bila balik mai lagi?