Jam menunjukkan pukul 5.30pagi waktu Hamilton.
Aku bangun seawal jam 4 pagi selepas dikejutkan oleh Rina kerana aku telah berjanji dengan beliau ingin melihat beliau bertungkus lumus di pagi hari menjalankan kerja part time beliau di universiti. Kerja apakah itu yang bermula di awal pagi? Beliau merupakan salah seorang cleaner part time di sini.
Aku kagum juga dengan kegigihan wanita ini. Sudahlah sedang melanjutkan pelajaran di bidang Phd, menjadi ibu serta isteri, beliau turut berusaha menambah rezeki. Ish...kalau aku ditempat beliau, aku lebih suka menarik selimut pada waktu2 begini, dikala suasana sejuk menggigit kulit.
Tapi, satu yang aku perhatikan kerja cleaner di sini tidaklah sesusah dan seleceh di Malaysia. Tandasnya yang memang sedia bersih dan wangi, memudahkan kerja. Yang susahnya bak kata Rina ialah bangun di pagi hari. Selepas mengikut beliau keluar masuk 3 atau 4 tandas tadi, beliau menyuruh aku menunggunya di makmak komputer. Jadi, aku gunakan kesempatan ini menulis blog. Cuma, tiada gambar dapat aku uploadkan kerana aku datang sehelai sepinggan sahaja tanpa kamera.
Dua hari lepas aku dan Juli memandu ke Caromandel melalui jalan pesisir laut di mana jalannya begitu sempit dan tidak mempunyai penghadang. Juli yang berada di kerusi penumpang sendiri begitu gayat kerana hampirnya jalan tersebut dengan lereng2 bukit dan juga lereng2 laut. Boleh terhumban ke laut atau gaung kalau kita memandu terlalu laju atau tersilap ambil selekoh. Tapi Alhamdulillah perjalanan kami selamat.
Semalam, kami ke Matamata, Tauranga, Mt Manganui, Te Puke dan Rotorua. Di Mount Manganui aku dan Juli diperlihatkan dengan sikap kurang sopan orang sini. Dalam kami sibuk bergambar, seorang remaja perempuan yang gumuk (aku marah nie) memberhentikan keretanya dan menjeritkan perkataan "Asian Invasion' lalu ketawa jahat dan terus memecutkan keretanya. Aku tergamam juga. Kalau ikutkan hati, sudah ku balas jeritan tersebut dengan kata yang tidak manis aku catatkan di sini tapi aku terlambat dan dia sudahpun jauh. Takpalah, akan dibalas juga perbuatannya itu.
Aku perlu melakukan sedikit homework untuk pejalanan ke South Island minggu hadapan. Malam ini kami akan bergerak ke Wellington dan akan berada si sana hingga Ahad. Akan ketemu lagi.
p/s: Terima kasih Minah and Uncle atas ingatan pasal Swine Flu tu. Moga2 dijauhkanlah hendaknya. Setakat ni kat sini macam tak berapa kecoh sangat. Harap2 tidaklah betambah teruk.
2 months ago

2 comments:
kau ni dah holiday tapi tak bawa kamera...apa raa...tapi best aa baca citer kau jalan2 kat tempat org...
bawak laaa.....tapi tak terupload lagik.
cek upload slow2 noooo...
Post a Comment