Aku tak dapat nak hapdet blog buat masa ini memandangkan aku sibuk. Sibuk tidur, sibuk makan, sibuk tangkap gambar, sibuk naik keta, sibuk tengok gie ladang berry dan pelbagai aktiviti yang kitorang buat2 sibuk. Gambar, nanti2lah aku upload. Banyak kameranya. So tak dikumpul2kan lagi gambar2 menarik.
Esok, aku dan Juli plan untuk drive berdua ke Coromandel dan Tauranga. Harapnya perjalanan esok dipermudahkan. Lagipun, nie first time kitorang drive tanpa Rina di sisi. Tapi, setakat dua hari kami dok ikut Rina, nampak gaya jalanraya kat sini tidak susah untuk diikut. Padanlah pelancong luar tak heran pon nak drive.
Aku tinggalkan catitan ini dengan lamb chop yang kami peram untuk makan esok (mementang kambeng banyak lah katakan....)

2 comments:
Lamb chop tu sebenarnya 6 keping kan? Saja sembunyikan 3 lagi.
Lamb sembelih ke lamb pancung ni? Wa ka ka ka...
Larikkk!
eh..mana marts tau???
memang ada 6 pon...cuma lagi tiga tuh org len punya.
nie lamb semebelih tau...fresh dari rumah penyembelihan (adik ipar kawan lina slaughterman halal kat sini).
Post a Comment