Terkejut aku menerima SMS selepas kelas aerobik malam tadi dari Ain, adik angkat aku di Kuala Lipis. Cikgu Zamri meninggal dunia akibat jangkitan kuman di peparu. Katanya mula dengan demam. Sudah ke hospital di Lipis berkali2 tapi tak kebah2 jugak. Akhir sekali, Mat Yie menyuruh abang arwah untuk membawanya ke Hospital Universiti semalam. Dan hari nie, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedih pula bila Cik Sham menelefon aku mengkhabarkan berita yang sama. Beliau ada bercerita yang nama aku ada disebut2 Cikgu Zam minggu lepas. Padan la hati aku diruntun2 untuk menelefon dia tapi ku tangguh sampai ke sudah.
Arwah seorang yang ceria dan begitu ringan tulang. Aku ingat lagi pengalaman aku ke Kuala Medang untuk aktivi ini. Itu merupakan kali pertama aku berjumpa dan berkenalan dengan arwah. Langsung dari situ, persahabatan kami bermula hingga ke hari ini. Walaupun tidak lama, tapi beliau tergolong dalam golongan sahabat yang agak rapat. Oleh itu, aku akan ke sana pagi esok selepas subuh. Aku akan ambil Ain dan kemudian ke rumah arwah. Aku dah SMS bos untuk memohon emergency leave, tapi belum dibalas lagi. InsyaAllah by tengahari esok aku akan masuk semula ke pejabat.
Takziah buat isteri dan anak2nya yang masih kecil. Marilah kita sedekahkan Alfatihah untuk Cikgu Ahmad Zamri bin Ismail . Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan para solihin.
2 months ago

No comments:
Post a Comment