Sampai2 aku kal Zamri untuk confirmkan lokasi nak tunggu kat mana. Dia tak angkat tepon laks...then kal Teng inform dia aku dah sampai and takdak orang pon. Teng soh tunggu kat Medang Inn sementara dia try locate Zamri kat mana. Sementara menunggu tuh Mat Yie kal. Rupenye dia tatau pon aku mai...ingat aku kensel so dia dah balik ke Kuantan. So takpo la Mat Yie....takdak jodoh ler nak jumpa ko....hehehehe. Tapi dia ada la nak mintak tolong aku untuk buatkan brochure....aku kata no hey (no hal)...then dia kata pastu tolong buatkan website sekali...ewah...ewah...bagi betis nak peha lak dia ye....Website nie aku tak terer so tengok ler.
So dalam dok khusyuk2 sembang ngan Mat Yie, Zamri pon mai ngan keta kancil dia. Cute jek orang nye (aku tak penah jumpa pon Zamri nie...cakap ngan sms kat tepon jek). Dia kata naik keta dia dulu....dia bawak aku gie minum kat kedai makan tepi sungai sat....then peh tuh dia bawak gie kem belia kampung untuk tunjuk keadaan kem tuh. Then sementara nak menunggu belia2 kampung berkumpul, Zamri bawak aku gie lepak umah sepupu dia, Abang Nasir. So berkenalan la aku ngan wife abang Nasir sambey makan kerepek pisang n minum teh. Then aku tolong dia buang tangkai cili padi untuk diblender bagi bekalan memasak kat kg orang asli. Masa dok buat keje tuh...tetiba aku nampak pacat kekenyangan atas lantai dekat ngan aku. Ghupenye pacat nie dari kaki aku....hampes!. Mesti kena masa aku tengok kem sebelum tuh.
Dalam kul 4ptg Ain sampai. Ain nie student UiTM dan dia join nie pon pasal bulan 3 nanti coursemate dia akan buat aktiviti yang sama. Kira dia test dulu la aktiviti berakit nie. Then Rais datang 2 kereta ngan kengkawan kampung dia dari Relong. By kul 5.30 ptg aku dah nampak 2 Hilux putih yg belakangnye dipenuhi belia2 kampung, satu wira dan satu pajero.
So dipecahkan, belia pompuan tido kat dewan dalam area kampung (mcm umah tapi dibuat dari kayu la dan dinding dia dari jaring2 besi) manakala yg laki tido kat area dekat ngan sungai. Situ ada mcm bangsal yg besar (takdak dinding). Zamri tanya aku nak dok mana, aku kata nak dok khemah kat sungai...so Zamri minta Rais tolong carikan tempat yang sesuai untuk aku ngan Ain berkhemah. So Rais pon cari port yang cantik....dekat ngan khemah dia dan kengkawan dia (kira depa nie bodyguard tak rasmi aku ngan Ain la).
So pehtuh...isu kedua...camna nak mandi nie. Walaupun tempat tuh dekat ngan sungai...tapi takdak batu ataupun tempat yang sesuai untuk kitorang mandi. Kiranya terbukak la, bebudak kat atas tuh mesti leh nampak apa kitorang buat. So in the end, aku ngan Ain mandi separa jek (mandi separuh badan...hehehe). Jadik la....dari tak mandi langsung. Esok pagi kitorang dah plan nak bangun awal masa gelap2 tuh untuk mandi. Dah mandi n salin baju, aku tunggu Ain semayang then terus gie kat dewan tadik untuk tolong masak2.
Zamri dan kengkawan dia dah setat masak dah. Pehtuh baru la kitorang tolong. Kerana masalah teknikal ngan periuk nasi maka dinner adalah pada pukul 10 malam. Dalam kul 11pm aktiviti 'bersewang' pon bermula kat umah tok batin. 'Sewang' nie tarian tradisional orang Asli. Kira menari sambil berjalan2 dan lompat comel2. Dia nye musical instrument ialah buluh dan juga gong. Aku memang tak join menari...aku takut runtuh lantai buluh umah tok batin tuh nanti. Tapi aku berpeluang mencuba main musical intsrument dia. Bersewang nie lasted sampai kul 1 lebih pagi. Ni gambo makcik2 tuh bermain buluh dan sambil tuh menyanyi.
Satu rakit ada 5 orang. Aku ngan Ain diberi satu rakit nga sorang pakcik pengemudi yang kira paling berpengalaman la dan dia dibantu oleh sorang belia dr Kg Kuala Medang. Rais ngan sorang kawan dia pon naik rakit yang sama. Kitorang bertolak jam 9 pagi dan perjalanan akan mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Kuala Medang. Lama tuh...
So the first 3 hours aku menikmati pemandangan sungai.....sambil cuba nak kenal2 flora2 kat hutan yang kitorang lalui. Orang bandar kan....mana la pandey sangat. Selain dari pemandangan flora nie, kita melalui jugak banyak perkampungan orang Asli. Kesian jugak depa, sesetangah tuh tgh seksi2 mandi....terus tak jadi mandi. Yang nak melepaskan hajat....terbantut laks...hehehe. Tapi yg aku tak leh lupa...ada awek orang Asli nie gie flashkan diri dia kat Rais....tuh ler Rais...sapa soh penggey2....hehehe.
Dalam perjalanan tuh banyak ada la kena lalui beberapa jeram yang deras dan berbatu. Dari 8 rakit yang menyusur tuh ada gak rakit yang terbalik terlanggar batu atau kat selekoh sungai yang tajam. Kalau tak terbalik, ada jugak kes rakit nie gie lalu kat area pokok berduri, so orang2 atas rakit kena la terjun. Nasib bek pakcik yg kemudi rakit tuh terer so kitorang nye rakit tak la terbalik atau pun terlanggar batu. So boleh dikatakan sapa yg naik rakit kitorang tuh tak lah basah sgt...takat kaki jek basah.
Then around kul 1 tgh kitorang stop untuk lunch kat tepi sungai. Zamri and geng2 dia dah siap masak dah. Pas makan tuh bebudak belia nie mengenakan semua orang yang tak basah. Zamri dan geng2 masak dia kena angkat dan kena baling ke sungai. Aku ngan Ain gelak2 jek la...takkan la depa nak angkat pompuan. Sekali Zamri ngan selambanye cakap kat belia2 tuh..."Tuh 2 orang tuh tak basah pon....". Terus bebudak belia tuh amik air guna periuk nasi yang besor dan nak curahkan kat aku ngan Ain. Aku sempat sambar life jacket kat sebelah untuk hadang, si Ain nie boleh amik kuali yang besor tuh untuk cover dia. Tapi malangnya, Ain basah kena curah air bekas nasik, aku lak kena separuh badan jek pasal aku tinggi and budak yg curah tuh rendah....muahahahahaha.
Lepas makan, sambung lagi berakit. Tapi kali nie ketenangan kurang pasal ada sorang abang nie dia join rakit kitorang and dia masih tak puas ati lagik aku ngan Ain tak basah bebetul. Aku sebenonye malas nak basah sangat pasal aku tgh 'cuti'. So kurang selesa. Kalau aku tak 'cuti' memang awey2 aku dah terjun sungai tuh. Okay...back kepada abang nakal nie...dia ngan muka seyesnye mendeclarekan yang rakit kitorang nie kukuh. So dia nak test terbalikkan rakit nie. So diorang sengetkan rakit ke kiri, aku ngan Ain beratkan ke kanan. Banyak kali cubaan jugak tapi tak berjaya. Aku ngan Ain nie dok gelak2 pasey tak tahan ngan gaya2 sabotaj diorang nie. Tapi in the end kitorang tewas pasal dia ngan sumer ahli lelaki dalam rakit tuh subahat jugak. So bila dah setat terbalik sekali, terus berkali2 terbaliknye samada kerana sengaja ataupun perlanggaran ngan batu atau pokok berduri. Aku dari dok atas rakit tuh terus malas nak naik dah....aku float dan berenang jek ikut arus sungai tuh. Dah penat baru la aku naik balik rakit tuh.
In the end kitorang sampai kat Kuala Medang dalam kul 4 petang. Abang Nasir bawak aku ngan Ain dan geng Rais ke umah dia. Kat umah dia aku tumpang mandi and then lepak ngan wife abang Nasir sambil minim teh and makan goreng pisang and kopok. Then Zamri datang ngan motor, pehtuh dia ajak sumer orang gie dusun buah salak. Niat dihati nak kutip buah salak, sekali tuan dusun takdak la pulak. So balik la ke kampung balik. Dalam kul 5.30ptg aku ngan Ain dan geng Rais pon bergerak untuk balik. Geng Rais stop makan mee celur kat Sg Koyan, so aku pon stop jugak. Dah makan tuh terus gerak ke Padang Tunku, ke rumah Ain untuk amik beg baju dia nak balik UitM Shah Alam. Dia tumpang aku balik ke KL. Kat umah Ain mak dia jamu makan laksa lemak then kul 8 malam kitorang gerak ke KL. Sampai KL jam 10.30pm. Aku pon penat so aku kata kat Ain tido umah aku dulu esok baru aku antar dia balik UiTM.
Dah sampai umah aku baru aku tau, yang rupanya tempat kitorang berkhemah tuh dekat ngan kubur orang Asli. Sebelum nie, group yang bercamping kat situ kena usik jugak. Tapi Alhamdulillah aku ngan Ain tak kena. Rais and the geng dah tau pon tempat tuh dekat ngan kubur tapi diorang diamkan aje and bagitau siang tadi. Padan la semalam diorang tak tido sampai la kitorang masuk khemah baru ler diorang tido.
So itu ler pengalaman menarik yang aku alami di Kuala Medang. Manis-manis belaka. InsyaAllah tak serik aku nak join lagik in the future. Sorry for the lack of pictures, coz camera aku bermasalah. Hopefully aku leh dapatkan a few pics dari kamera Zamri untuk aku postkan kemudian.

No comments:
Post a Comment