Sunday, March 1, 2009

Mood baik punye....

Aku rajin laks hari nie nak berblog pasal aku mood baik hari ni. Aku mood baik kerana :-
  • Cukup tido walaupun semalam kitorang sampai umah dari PD dekat2 1 pagi dan tido dalam 2 pagi.
  • Menjadi orang pertama yang beratur beli nasi lemak sedap pagi tadi untuk sarapan aku dan Juli. Itu pun pasal aku tunggu dari jam 6.50pg.
  • Makan nasi lemak sedap 2 bungkus (tapi bukan sekali dua, aku makan pagi satu tengahari satu tauuu..)
  • Aku dan Juli berjaya dapat appointment untuk sesi Spa Rambut di Martha Tilaar Plaza Damas jam 5.30ptg.
  • Aku dan Juli menghabiskan masa (dan juga duit) di dalam Care4 Wangsa Maju dengan membeli baju kurung China Silk jahit siap dgn harga RM50. Lepas itu aku turut menyambar dua seluar Dockers (yang jenis tak payah iron punye) di Factory Outlet Levis/Dockers serta blaus kaler shocking pink di First Lady.
  • Kami juga menyinggah ke tempat lepak yang suatu masa dahulu merupakan port geng2 awek bujang melepak untuk menjamah tosey.
  • Kami berjaya mendapatkan sesi spa rambut yang amat heaven. Kami bukan sahaja mendapat rawatan rambut tapi juga urutan kepala, leher dan bahu. Nak terlelap dibuatnya setiap kali Endah dan Indah (ingatkan adik badik depa nie) mengurut kepala aku dan Juli.
  • Kami berpeluang solat di Masjid Wilayah untuk pertama kalinya dalam sejarah (tapi aku rasakan masjid ini macam tak elder-friendly la...Tempat wudhuk tingkat 2. Tempat solat muslimah tingkat 4. Lif jauh, so kena naik tangga. Aku ngan Juli yang tak elderly pon pancit tauuuu....
  • Aku sempat juga menjenguk Mak dan Abah walaupun aku sampai lewat tadi dalam jam 9 malam. At least, terubat juga rasa wendu (dan juga rasa bersalah pasal semalam tak jumpa langsung).
  • Dapat tengok Halaqah malam nie walaupun secara tak sengaja yang membincangkan tajuk 'Dating'. Besh pulak dengar ahli panel berhujah pasal tajuk nie. Insap jugak aku dibuatnya bila disebut beberapa perkara yang terkena batang idung sendiri. Kesimpulannya, dalam Islam takdak dating2 nie. Nak dating, kawen dulu then dating la pepuas....hehehehe.

No comments: