Semalam aku, Juli, Pul dan Ijan menghabiskan hampir satu hari suntuk untuk aktiviti 'treasure hunt' dari Bangi hingga ke PD. Laluan kami bukanlah laluan biasa ke PD yang jaraknya hanya dalam 69km. Sebaliknya, laluan kami adalah sejauh 170km yang meliputi Bangi-Beranang-Seremban-Tampin-Lubok Cina-PD. Antara checkpoint yang perlu kami buat adalah berdekatan Air Terjun Gabai (bukan mandi air terjun pong..), Rumah Penjagaan Orang Tua di Beranang, Replika Istana Raja Melewar, Kedai Cendol Leman Dawi.
Bagi aku, penganjur memang profesional. Laluan okay, soklan tulip mencabar, soklan harta karun lagi mencabar. Kumpulan aku memang besh walaupun dua ahli merupakan first time hunter (Juli ngan Ijan). Dah termaktub dalam perjanjian awal yang Pul akan jadi pembaca tulip dan Ijan driver, maka Juli dan aku akan diberi tugasan utama untuk berpikir. Pepagi tuh memang okay lagi, tapi bila dah tengahari dengan panas teriknya, dengan tensen pasal tulip susah sangat maka kesabaran aku tuh kengkadang tercabar jugak la. Namun, berkat kesabaran semua orang dan juga sikap 'cool' orang2 yang naik Grand Livina nie....maka tiada lah kejadian yang tidak diingini belaku seperti orang kena cekik atau kena tolak keluar dari kereta (ini sekadar imaginasi melampau aku sahaja). Trip ini juga membolehka aku berpeluang merasa Cendol Leman Dawi yang begitu popular di Seremban. Dan sememangnya, Pak Leman Dawi ini memang banyak cakap. Sambil memegang sepanduk bertulis "CENDOL DAH HABIS" di atas kerusi di tepi jalan, sambil dia melayan kami yang sedang melahap cendol dia yang ditaja oleh penganjur. Kebetulan, aku cuma makan karipap dan donut jek dari pagi. Bihun tak bersentuh pun. Inilah aku, kalau dah start bermain tuh, memang tak lalu makan (tapi cendol aku lalu la...). Satu yang bagus pasal aktiviti ni ialah, peluang untuk menjejakkan kaki ke tempat2 yang tak mungkin aku pergi dalam hidup aku seperti Replika Istana Raja Melewar. Nie ala2 macam muzium la dan banyak info tentang adat2 pepatih nie serta sejarah Nogori Sembilan. Korang tau dak berkodin tuh apa? Mesti tatau kan? Mrs Noba yang orang nogori pon belum tentu tau nie...hehehehe. Aku dengan bangganya nak bagitau, berkodin tuh maksudnya bersaudara. Ini antara mende yang kecik2 yang aku ingat masa kat situ. Tapi satu jek yang aku terkilan. Ketidaksempatan kami untuk beramah mesra dengan pakcik dan makcik di Pusat Jagaan Orang Tua di Beranang. Pasal, kena kejar masa. Kalau lambat kena potong markah. Aku rasa, next time organizer kena pastikan, tempat2 begini dijadikan tempat tamat instead of salah satu checkpoint. Baru la tenang sikit hati nak beramas mesra. Walaupun gitu, sempat juga pihak pusat jagaan preparekan makanan tapau untuk setiap pasukan iaitu pulut kuning ngan daging dan juga nasi lemak. Sedap wehhhh....nyesal tak amik lebih (ke pasal lapo sangat????).
Aku tau...korang sebenonye idok ler berminat nak tau pasal aktiviti aku tapi korang mesti nak tau kitorang menang ke dak kan??? Sebelum tuh, aku kena bagitau. Dalam aktiviti nie, ada lagi dua pasukan dari department aku. Satu adalah pasukan seteru dan satu lagi pasukan sekutu. Bagi pasukan aku, target kami ialah mesti kalahkan pasukan seteru, tak kisahlah nombor berapa. Kalau corot pon, jangan lebih corot dari kumpulan seteru. Dan keputusannya ialah.........
Pasukan Seteru no 12
Pasukan Sekutu no 10
Pasukan Aku no 7
Pasukan Sekutu no 10
Pasukan Aku no 7
Woooohooooooooooooo. Mission Accomplished!!!!!!!!
Dapat hamper aje tapi yang penting kenangan dan pengalaman yang diperolehi. Oh ya...kerana prestasi ya ng bagus yang ditunjukkan oleh Juli dan Ijan, maka mereka lulus ujian untuk menjadi hunter yang berjaya. Bakat terpendam depa nih....

2 comments:
eh halo...
mana hadiah nih????
tak nak share ke??
muaahahahahah
err....err...kitorang share ngan fanclub cakewhat jek...hahahaha
Post a Comment