Pernah tak korang rasa masa berlalu dengan amat perlahan? Bukan perlahan macam slow motion dalam TV tu. Tapi perlahan dalam erti kata kita rasakan yang kita dapat melakukan sesuatu dengan tenang tanpa terkejar2. Sudah seminggu aku rasakan begitu. Aku mampu menjalankan ibadah harian dengan pace yang perlahan. Masih ada masa untuk Al-Kitab. Masih ada masa untuk dihabiskan bersama kedua ibu bapaku. Masih ada masa untuk beriadah dan juga menyiapkan house chores. Masih ada masa untuk bertemu sahabat2 lama dari zaman sekolah aku. Pada masa yang sama kerja di pejabat yang perlu dibuat dapat disempurnakan seadanya (kecuali specs yang berjanggut untuk difinalize). Dan aku juga begitu punctual dengan masa balik. 5.15 petang aku sudah tercongok depan pintu untuk balik.
Di rumah aku sudah tidak terkejar2 untuk melihat rancangan apa2 di TV. TV hanya untuk berita dan kalau aku teringat mungkin aku akan menjengah American Idol...hehehe. Semalam entah macamana terbuka pulak TV9 yang menayangkan Halaqah tentang tajuk Cinta sempena sambutan Hari Kekasih yang diagung2kan oleh kebanyakan anak2 muda sekarang. Terpaku sekejap aku di TV selama sejam medengarkan isi kandungan yang dibincangkan oleh ustaz yang aku terlupa namanya dan isteri Ustaz aku masa zaman sekolah dulu, Ustazah Norbaiyah (ye ke eja ni?). Banyak iktibar boleh diambil. Tentang cinta kepada kekasih nie yang sepatutnya mendahulukan Allah dan Rosulnya dan kemudian baru cinta sesama manusia. Satu tips untuk memupuk cinta sesama manusia nie ialah rajin2kanlah mengirim salam kepada orang yang kita sayang. Ini kerana kita mendoakan dia dan insyaAllah akan lembutlah hatinya kepada kita. Ko ingat nie Juli...hehehehe.
Aku rasakan yang Allah sedang memberi aku peluang sebenarnya untuk melihat kehidupan ini dalam motion yang perlahan. Mungkin ada sesuatu yang perlu aku tenung dalam2 untuk aku memahami tujuanNya. Mungkin aku sedang menunggu jawapan dalan doa yang aku panjatkan dan tempoh menunggu itu aku rasakan terlalu perlahan. Wallahua'lam.
Rahsia dunia ini bukan milik kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
2 months ago

2 comments:
Slow Motion sebenarnya diceduk oleh penjajah British dari bahasa Melayu iaitu Slow Musang (masa tu Frank Sweetenham nampak musang jalan pelan pelan masa nak tangkap ayam kat tepi reban rumah Munshi Abdullah)
...begitulah adanya..
hehehe....Happy Birthday Uncle!!!!!!!!!
dan terima kasih atas serba sedikit sejarah musang tuh ye....kekekekeke
Post a Comment