Saturday, January 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Gazza

Esok aku akan ke Melaka. Lebih tepat lagi, ke Alor Gajah untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat sekelas aku dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 isitu Incik Gazza. Akhirnya, sampai juga dia ke hari bahagia. Selamat Pengantin Baru Gazza!!!!!

Memandangkan Gazza nie tergolong dalam golongan kawan sekolah aku yang aku kira agak rapat lebih2 lagi lepas kami sekumpulan semasa aktiviti berkhemah di Hutan Lipur Kanching (ye ke eja nie???) jadi aku telah berazam, aku akan berusaha untuk pergi ke majlis beliau. Di tambah lagi, beliau dah pon menjemput aku secara virtual melalui chat di facebook dan kad undangan telah pun sampai ditangan. Tidak seperti majlis2 kenduri kawan2 sekolah aku yang sebelum ini, aku boleh kira dengan jari sahaja berapa banyak kenduri yang aku pernah hadir. Bukan sengaja. Samada kerana sedang bertugas di luar kawasan, atau urusan keluarga, atau aku tak baca undangan yang diterima di dalam email atau kerana aku takda partner in crime. Dan seperti biasa, partner in crime aku adalah Cik Juli. Memandangkan kami ni adalah golongan single yang semakin pupus dikalangan kawan2 sekolah, adalah satu kemestian yang kami menghadirkan diri bersama pada majlis2 seperti ini (kenduri, reunion etc). Ini bagi membolehkan kami saling cover mengcover apabila soalan2 cepu emas dilontarkan kepada kami. Aku tak katakan yang kawan2 sekolah yang telah berkahwin nie semuanya macam ini. Hanya segelintir sahaja. Tapi, bagi kami yang selalu menjadi mangsa lontaran soalan cepu emas nie, panas juga telinga kalau kena dengar soalan yang sama setiap kali. Letih mokcik nak menjawapnya.

Kenduri Gazza nie pon hampir2 aku tidak pergi kerana Cik Juli sedang sibuk menguruskan kenduri adiknya minggu akan datang. Dua hari lepas aku terima satu email dari Cik Juli yang membolehkan aku ke kenduri Gazza. Tapi bukan dengan Cik Juli. Habis tu, dengan siapa????

Jeng...jeng...jeng...Kita tunggukan sambungan episod ini esok.

No comments: