Wednesday, December 10, 2008

Khabar dari Pendalaman...

Lama dah rasanya aku tak outstation kat kawasan pendalaman nie. Semalam aku di Baling sehari suntuk. Perjalanan dari Sg Petani ke Baling yang lebih kurang 60 km amat aku sukai kerana jalan yang bersimpang siur membolehkan aku membawa kereta ala2 Schumacher ditambah pula pemandangan hijau yang menyejukkan mata. Sampai di lokasi aku dah saspen pasal negeri Kedah cuti hari nie, takut tiada orang pula di opis untuk bukakkan pintu. Nasib bek Pak Guard yang tengah layan drama TV1 dengan tidak banyak songehnye terus membuka pintu. Lalu aku pon buat la keje sensorang sementara nak tunggu Abg Mi dan Sani mai untuk membantu aku. Lewat jam 6 petang baru selesai. Aku tak jamah nasi pon. Elok ler jugak memandangkan dua hari sebelum tuh aku makan tak hengat kan. Kira puasa la semalam. Sampai di hotel, aku bersiap2 sementara nak tunggu Abang sulungku dan juga Yaya mai untuk bawak gie dinner. Niat dihati nak makan ikan bakar dkt sungai, tapi nampak gaya ikan bakar masih beraya lagi. Jadi, ke restoran mamak jugaklah kami akhirnya.

Hari nie aku di pejabat Guaq Chempedak pulak. Selepas ini aku nak menyusul ke Pendang. Ikut kata abang aku semalam, kat Guaq nie ada ikan bakaq sedap kat stesen bas. Tingin nak try tapi, kalau sensorang nie aku rasa aku jadik malu nak makan. Ye la..kalau sorang, kita makan banyak, mesti orang perasan. Tapi kalau ramai2, orang tak pasan sgt....muahahahaha. Korang mesti ingat aku makan banyak sedangkan yang sebenarnye aku suka bagi impression kat orang aku makan banyak, tapi tak banyak sebenonye. Semua tuh hanya ilusi optik aje...(aku cakap ngan muka seyes nie....)

Wokeh...aku nak concentrate balik keje. Nak bagi setel cepat supaya esok aku boleh balik KL. Wohooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sambungan pada jam 10.10 malam.

Aku dah selamat sampai ke hotel jam 6 petang tadi. Alhamdulillah tiada masalah besar cuma aku kena la panjat kabinet dan juga menarik kabel sensorang kerana tiada assistant kali ini. Dan tiada kesempatan untuk menjamah ikan bakar tadi.....huhuhuhu.

2 comments:

Anonymous said...

best tak Na round kat kedah..semua tempat yang kau sebut tu banyak kenangan kat aku tuuu...

LiNa said...

sesungguhnya ko nie adalah seorang yang nostalgik...hehehe