Friday, June 13, 2008

3 Hari di Kuantan

Baru sampai dari Kuantan petang tadi. 3 hari nie sememangnya hari yang amat tidak menyelesakan kerana aku dalam tempoh 'cuti'. First day aku sampai Kuantan aku terus ke site. Aku sampai site, team aku yang dah bertolak sehari awal tak sampai2 lagi. Tapi aku sabarkan diri dibawah panahan matahari tuh. So aku pon buat la keje dalam keta sementara menunggu dorang mai around 12pm. We werk till 8 pm without tanpa stop makan. Aku ajak makan pon depa tak mo. Kagum ker (ke depa serba salah pasal mai lambat???). So, lepas keja abis aku pon banja la depa makan kat Sara Thai. Makan beaq la sumer orang, ikan tiga rasa, tom yam, kailan ikan masing and sutun celup tepung.

Selesai makan baru ler ker Hyatt kat Telup Cempedak. Memandangkan aku walk in, so billik satu katil takdak. Yang ada yang dua katil jek. Malas nak pikir so amik jek la. The next morning, sambung kerja lagi. Kali nie habis kerja on time, report sumer siap dan terus tandatangan oleh pihak2 yang terlibat. Malam tu, aku gie jumpa geng2 aku kat Taman Pertanian lepas tu lepak ngan Adeq kat McD Teluk Cempedak sampai kul 3 pagi. Tolong Adeq betulkan laptop dia sambil catch up cerita lama. Pagi nie ingat nak balik KL secepat mungkin tapi ada member call mintak tolong dan kebetulan site kitorang ada masalah. Jadi tergendala sekejap. Tengahari baru la aku dapat gerak ke KL. Sampai KL aku dah penat dan ngantuk yang amat. Lunch kat umah mak then tido sampai kul 8 malam.

La nie, aku tengah siap2kan barang2 untuk gie kelas esok. Student tua nak masuk belajaq balik...hehehehe. Harap2 perjalanan mencari ilmu aku nie dipermudahkan Allah. Amin...

No comments: