Dan, sekiranya bos luluskan cuti aku untuk Jumaat dan Isnin akan datang, maka aku akan ke Langkawi lepas aku balik dr JB.....wohooooooo!!!!!!!!!!! Mak dah siap pesan nak periuk leper (pan) macam aku. Aku ingat nak carik set pisau yang elok ler. La nie kat umah aku cuma ada sebatang jek pisau, itupun ihsan dari mak. The last time aku gie Langkawi aku tak jumpa pon pisau tuh. Kat KL aku dah survey. Mahal sikit tapi aku nie jenis orang yang pegang pada prinsip biar mahal sikit tapi berkualiti (Eleh...macam ler nak masak ari-ari aku nih...). Pisau yang aku dok carik ialah pisau kat bawah nie.
Dah bertahun aku ngidamkan pisau ni. Tapi bila tengok harga dia, telan air liur la dulu. Sekiranya kat Langkawi aku nampak pisau ni dan harga dia kurang sikit dari kat KL, aku akan rembat. Tak pedulik la kalau kena posa sebulan untuk cover balik kos!

No comments:
Post a Comment