Sunday, May 4, 2008

Mee Rebus Johor

Mood memasak aku telah datang kembali setelah hampir 4 minggu aku tidak memasak di hujung minggu. Ini semua gara-gara kesibukan melampau. Hari Jumaat lepas cubaan creme caramel aku berjaya, so hari nie aku nak masak mende simple aje. Kebetulan hari nie merupakan big cleaning day untuk umah aku jadi aku pasti ada tetamu iaitu mummy dan Makcik Siti. Jadi Mee Rebus ini akan secara otomatiknya menjadi makanan bagi sesi minum petang nanti (makan tengahari Mak dah bawak siap2 dari rumah...hehehe).

Seperti biasa, sebagai reminder resipi untuk diri aku sendiri, berikut adalah aksesori Mee Rebus, telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, limau kasturi, taugeh yang dicelur, cili hijau yang dicelur dan dicampur ngan kicap dan daun sup (tiada di dalam gambar).

Bagi kuahnye pula, tidaklah susah Puan-puan. Puan-puan beli aje perencah Mee Rebus masa singgah di Air Hitam Johor ye. Cuma, aku tambah udang segar di mana telah aku pisahkan kepala dan kulit udang itu untuk diblend dan dicampurkan ke dalam rencah segera itu. Ini bagi memberi rasa manis udang kepada kuah tersebut.


Akhir sekali ye Puan-puan, letak sumer aksesori tersebut dalam mee dan campurkanlah dengan kuah mee rebus mengikut selera masing-masing.

Komen tukang rasa @ Mummy, sedap jugek tapi tambahkan garam sikit. Aku nie bab garam memang nervous. Tak mo terlebih pasai orang tua-tua kata, kalau orang yang masak tuh suka masin2, itu petanda dia nak kawen sangat. So adakah ini petanda aku tak nak kawen lagik?????

No comments: