Wednesday, May 21, 2008

Koktel

Aku la nie kat Hyatt Regency Lounge. Kepenatan setelah beberapa kali aku tawaf meja buffet mengisi pinggan dan juga gelas. Buruk lantak tul tapi....memandangkan dah bayo kan, so better make sure berbaloi. Sebenarnya, bukanlah niat asal untuk duduk kat kat bilik Regency Club nie. Aku kan dah biasa dok bilik kat tingkat rendah sikit. Tapi masa aku booking malam tadi, sumer bilik dah penuh. Jadi dengan hati yang berat (ker hati yang suke??) aku pon booked jek la bilik yang ada iaitu bilik kat tingkat Regency Club nih. Bilik sama jek macam tingkat bawah. Apa bezanya? Selain dari disediakan koktel kat tingkat 14 nie setiap petang sampai 7.30mlm, breakfast turut disediakan di atas. Kira tak turun ke cafe bawah ler. Hmmm...ntah2 makan kat atas nie tak sebanyak kat bawah kot pasal aku tengok lounge dia idok ler beso mana. Tapi one thing yang aku suka, ambiance dan view kat lounge nie memang besh laa. Luas jek nampak Selat Tebrau tuh. Aku segan nak tangkap gambo kang depa kata aku jakun....so aku ngan muka profesionalnye buat2 seyes jek la menaip blog kat laptop nie...muahahahahaha.

Aku agak excited jugak nak setelkan kerja esok. Dah berapa kali kena pospon keje tuh dan akhirnya jam 1.30tghari tadi aku dapat sms dari orang JB yang mengatakan kerja esok jadik. Alhamdulillah. Esok lepas siap aje keje kat JB aku akan terus ke Penang. Tapi kena stopover KL sat nak tukar baju and mandi. Hari Jumaat dan Sabtu ada keje di sana, Ahad pulak kenduri Jihan. So memang amat penuh dan padat jadual aku minggu nie. Dah la Pul gie candat sotong minggu nie gaks. Prust tui tak dapat join. Soh pospon next week dia kata bulan gelap la...sotong kurang la...nyampas!!!!

Cuaca kat luar nampak macam nak hujan. Tak gie Danga Bay la kot gayanye camnie. Okay la...nak mandi wajib la. Wendu pulak nak ngaji malam nie (eh...awat tetiba baik lak nie???)

2 comments:

Anonymous said...

wuit, peciter? pi tak jumpa doctor ikan tuh?

LiNa said...

hehehe...tak jumpa kedai la...so i gie jumpa doc monita tadik...

kena tunggu u gak la...