Tuesday, May 20, 2008

Kasut Baru???

WOhoooo....dapat kasut baru.

Dua minggu lepas aku hantar sepasang kasut Clarks kesayangan aku kat Clarks cawangan Bangsar Village dengan niat untuk dibaiki memandangkan Clarks memberi jaminan selama 6 bulan kalau kasut yang dibeli secara sah di mana-mana cawangan Clarks mengalami sebarang defect yang bukan berpunca dari kita. Kebetulan pulak seminggu sebelum tu aku terjumpa resit kasut ni dan aku perasan tarikh aku beli kasut ni ialah dalam bukan Disember 2007 jadi kira masih dalam warranty ler. Tapak kasut aku pulak pada masa tu dah macam nak terbuka. Apa lagi dengan segeranya aku pon hantar ke Clarks.

Then last week aku dapat panggilan dari Sue (SA) minta aku datang dan pilih kasut baru. Uikss...kasut baru???? Aku pon kata takpa, aku nak kasut lama gaks. Dia kata boleh tapi kena tunggu pasal dia nak kena amik dari Clarks Sunway Pyramid. Kiranya memang Clarks akan ganti ngan kasut baru pasal kasut lama tuh tak boleh nak repair dalam negara. Suke aku. So tadi baru ler berkesempatan pergi amik kasut baru. Meeting petang tadi terus aku pakai.

No comments: