Semalam aku cuti dari berblog. Penat sangat. Kerja selesai dalam jam 12.30 tegahari dan aku mencongak2 yang perjalanan ke KL akan mengambil masa 4 jam tidak termasuk berhenti rehat di R&R. Oleh kerana tekak tetiba terasa nak menjamah aiskrim, jadi kami (aku dan Juli) pun menjamu selera dengan Banana Royale di Baskin Robbins. Dalam jam 4 petang perjalanan dimulakan sekali lagi dan kami tiba ke KL dalam jam 5.30 petang.
Aku tak hantar Juli ke rumah dia keranan jalan yang pastinya sesak, jadi Juli bermalam di rumah aku malam tadi. Aku memang dah penat, jadi lepas mandi dan solat aku tertido depan TV sementara Zuly masih gagah lagi melayan cerita kat TV3. Jam 9 malam aku terjaga dan terus kami bersiap untuk ke pasar malam mencari makan. Walaupun Juli kata makan maggi pon takpa, aku tak sampai hati nak bagi Juli makan Maggi sebaliknya kami makan Roti John, Yong Tau Fu dan Murtabak Ayam yang takdak kuah. Jadi, malam tadi kami tido ngan perut yang penuh.
Tak insaf2 jugak anak dara dua orang nie walaupun petang tadi dah tengok orang bagi nasihat kat TV, katanya jangan snack memalam dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
2 months ago

No comments:
Post a Comment