Aku baru perasan yang aku belum cerita secara terperinci tentang hari kenduri Jihan. Banyak giler mende nak citer sampai tatau nak citer apa. So kalau korang rasa macam korang takdak mood nak membaca, sila abaikan posting ini.
Pagi kenduri, aku bangun pagi pengantin dah bangun dah. Kiranya cerita pengantin tak cukup tido tak boleh apply kat Jihan, pasai aku rasa dia dapat tido berkualiti. Maybe kerana ada dua bodyguard (aku ngan Juli ler tuh..) teman dia tido malam tuh...hehehehe. So, pas bangun Jihan ajak bekfas dulu. So kitorang teman pegantin makan or is it the other way around? Pengantin makan sikit sangat so aku pon makan sikit la jugak. Tak nak lawan tokey la katakan. Jihan nye akad nikah dalam kul 11 pagi. So aku ngan Juli kena mandi dan bersiap ngan kadar yang segera pasal Pak Andam nak mai dalam kul 10 pagi. Lagipon kitorang nie tukang tengok orang make up dan juga pengkritik bebas. Sebelum pukul 10 aku dan Juli dah siap ngan uniform kami.
Pak Andam or should I say Adik Andam sampai on time tapi pengantin time tuh dok keluar masuk bilik tak dok diam. Last2 dapat jugak pengantin dok dendiam dan sesi make up pon dimulakan. Time sesi make up berlangsung, aku jadi photographer tak bertauliah. Aku tangkap gambar2 kandid je. Malangnya tak leh aku nak post gambar2 tuh kat sini pasal aku guna kamera pengantin. Nanti kalau pengantin bagi aku gambo, aku bubuh. Selepas make-up selesai, terus rush ke masjid untuk akad nikah. Pengantin naik Naza Ria, manakala aku drive kereta Jihan untuk membawa Juli dan sedara mara pegantin ke masjid.
Sampai di masjid, keluarga lelaki dah tiba. Jadi terus semua ambil tempat. Aku masih meneruskan aktiviti aku menangkap gambar dan juga video. Masjlis akad nikah berlangsung dengan suasana yang ceria pasal Tok Kadi dia amat sporting dan kelakar. Oleh itu, pengantin laki dapat melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja. Sahlah Jihan menjadi istewi owang. Satu perkara menarik yang aku tak pernah lihat dalam mana2 majlis akad nikah sebelum ini ialah di mana selepas majlis akad nikah tu, Tok Kadi meminta pengantin lelaki untuk meletakkan tangannya di ubun kepala pengantin perempuan dan meminta pengantin lelaki sama2 mengikut Tok Kadi membacakan satu doa. Nie gambo masa sesi tuh.
Kemdian, sesi salam menyalam. Masa sesi salam menyalam tu pengantin pompuan agak sebak tapi jap aje. Lepas tuh steady balik....hehehehe..
Okay, stay tune untuk episod seterusnya. Aku nak keja daaa.....
5 months ago

2 comments:
ler, ingat u pakai kain yg beli kat jb tu?
kain tu gua beli kat jb jugak....
gua beli 4 kain masa kat jb arituh...
Post a Comment