Alhamdulillah selamat aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Tahun ni aku mengundi kat tempat baru. So aku agak terkejut bila sampai kat tempat tu suasana tak sehangat tempat lama. Perayu-perayu tak ramai, itupun dok lepak bawah khemah. Orang pon macam tak ramai yang mengundi. Masa aku nak reconfirm daftar pemilih, dengar jugak orang-orang yang jaga daftar tuh bersembang. Diorang pon dok cakap pasal orang tak ramai datang. Dalam hati aku terdetik jugak, orang boikot ke?
So okay ler, aku undi macam biasa. Lepas undi terus aku balik ke Melati. Sampai Melati, aku terkejut. Suasana totally berbeza ngan tempat aku undi. Meriah beb. Kereta pon banyak sampai sesak jalan kat sini. Penyokong dedua parti pon sibuk jerit apa ntah. Aku tutup tingkap keta, so tak clear sangat. Yang penting, aku suka tengok suasana tuh. Sekarang nie dari atas rumah aku, aku bleh nampak suasana tadi masih tak reda lagik. Makin panas ada la....
So kita tengok macamana keputusan malam nanti. Harap ada perubahan selepas PRU kali ni...
6 months ago

No comments:
Post a Comment