Saturday, March 8, 2008

Mari Mengundi

Moh reramai gie ngundi ari nie. Aku pon tak pergi lagi. Plannye lepas Zohor.

Since balik outstation ari tuh aku terus lepak umah Mak ngan Abah aje. Takdak mood nak balik umah sana. Memandangkan hari nie stok baju aku dah abis kat umah mak, jadi kena ler jugak balik bersalin kat umah sana.

Tahun nie aku akan mengundi buat kali kedua. Sapa yang akan aku undi??? We'll see. Teringat pengalaman mengundi pertama aku, betapa bengkek nye aku ngan perayu2 undi yang memakai baju kaler pink ituwww. Bagi aku, diorang bukan merayu sebenarnye tapi mengharass pengundi2. Aku rasa kehadiran depa tu lagi mengganggu.

Secara logiknya, orang kalau nak mengundi, bila dia keluar dari rumah, tentu sekali telah terpasang niatnya untuk mengundi siapa. Jadi, bila dah sampai kawasan pengundian dan tetiba kita diterpa oleh perayu-perayu undi ni, minta kita mengundi parti-parti tertentu, bagi aku tidak akan memberikan kesan sangat kepada pengundi kerana niat dah sedia terpasang kan. Contoh mudah, korang dah niat nak makan nasik pehtuh orang datang soh makan mee tentu sekali ko tak mudah nak tukar ke makan mee kan? Jadi, aku mencadangkan agar perayu2 undi nie, dibanned jek dari kawasan2 pengundian. Menserabutkan fikiran pengundi jek aku rasa. Tapi ini apa yang aku rasa la sebagai seorang pompuan....orang laki maybe suka la kot pasai yang merayu nie aweks2 belaka. Tapi tatau la kalau Putera UMNO yang merayu aku leh tukaq pikiran ke apa......hahahahaha.

Leteran dari.....
AKU YANG SEMANGAT NAK NGUNDI

No comments: