Friday, March 14, 2008

Perkara yang banyak

Aku sampai di KL jam 2.30 petang tadi. Terus masuk ke pejabat.

Perkara pertama kena uruskan, mesyuarat kick-off hari Isnin depan. Lepas buat dekat 10 panggilan telefon dan hantar satu email, selesai!

Perkara kedua, check status masalah semalam, dah dapat diselesaikan ke belum. Call Deen, dan dia cakap dah tau masalahnya apa. Version lain, so caranya pon lain jugak. Selepas dibuat cara lain tu, setel!!!!!

Perkara ketiga, progress kerja kat Melaka. Keet maklumkan pilot test sukses. Jadi kita akan pantau sampai hari Selasa, kalau tak ada complaint, kita akan sambung lagi kat 5 lokasi. So nie tak setel, kena tungguuuuu!!!!!

Perkara keempat. Minta tolong rakan sekerja kat pejabat ni untuk tolong hantar wakil bagi tolong kerja-kerja upgrade kat JB. Dah mintak, tapi dia kata tunggu jugak. So, kena tunggu lagik.

Perkara kelima. Inah (anak family angkat aku kat Serawak) nak datang KL minggu nie. Dia mintak tolong belikan tiket kapal terbang one way. Katanya dia dapat kerja kilang kat Port Kelang. Hari Isnin dah mula kerja. Aku dah tolong belikan tiket Airasia untuk flight malam esok. Jadi, malam esok aku bersama Zuly dan G-han akan jemput adik kitorang nie kat LCCT. Mungkin tido umah G-han atau Zuly kot malam esok. Lusa, kitorang nak gie siasat sikit tempat kerja tu dan rumah sewa yang dia akan duduk nanti. Macam PI merangkap bouncer ler pulaks....hehehe

Dalam kepala aku nie ada banyak lagi perkara-perkara nak kena buat, tapi aku tak nak pikir lagik. Kalau aku rajin, esok aku singgah pejabat sat untuk buat sebelum gie jumpa Zuly dan Jihan. Kalau malas, aku buat bodoh jek....

So okay la...masa untuk balik rumah. Wendunya nak jumpa mak ngan abah.

No comments: