Perhatian untuk Abang Spek...sekiranya anda membaca posting ini, sila tutup PC atau mata anda memandangkan ia berkaitan anda.
Sememangnya apabila aku teringat balik apa yang berlaku semalam, mesti aku akan geleng kepada sensorang. Nak senyum pon ada, nak nangis pon ada. Napa????
Pasal, Abang Spek telah menjumpai blog aku nie. Dan semalam masa sembang ngan Abang Spek, Abang Spek bagi ayat "I dah tengok website u". Aku ngan inesennye menjawap "Website youtube ke?". Abang Spek membalas "Tak, website satu lagi." Aku dah saspen campur syemukil terus bertanya minta kepastian "Blog saya ke?". Dan abang spek menjawap "Yer, siap ada dialog lagi". Terus, panas muka aku. Nasib bek ler aku nie gelap...so tak la nampak merah muka aku nie semalam. Rasa macam nak terjun laut jek malam tadi. Malu beb...malu. Dah la aku menulis dan meroyan mende2 yang terhapa-hapa dalam posting-posting sebelum nie. Uwaaaaaaaa!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment