La nie aku ngan mak tgh bersembang sementara nak tunggu solat Isya'. Siang tadi mak dah bising pasal aku nak ke Pahang ngan keta aku yang tak berapa sihat ini. Ye lah...aku gak gatal mulut gie cakap ngan adik aku temperature keta aku naik semalam. Terus dia report kat abah...and abah kal aku tanya apa citer. So hari nie aku dah plan, aku kena neutralkan situasi. Kalau dak...mesti mak tak bagi aku gie Pahang esok. So Alhamdulillah after 'mengayat" last2 mak aku pon restu jugak pemergian aku. Nasib bek....aku tak mau peristiwa tak dengar cakap mak berulang kembali...ehehe.
Memandangkan Teng tak dapat join program esok pasal dia kena ke tempat lain, so dia dah kata ngan aku yang aku akan diserahkan di bawah jagaan Zamri, kawan dia. Rasa mcm bola laks. Teng dah brief kat aku tentang aktiviti yang akan dibuat. Kami akan naik 4WD ke perkampungan orang asli. And katanya malam esok akan ada persembahan oleh orang Asli. Korang jangan ler tanya persembahan apa pasal aku sendiri pon first time join program camnih. Then the next morning baru kami akan berakit and bermalam kat another perkampungan orang Asli. Malam tuh, aku tak sure apa aktivitinye. Aku konpius lagi sebenonye nie....pasal aku tak clear sgt flow aktiviti camna. Malam nie kang aku akan bersms lagi skali ngan Zamri. After dah paham flow aktiviti baru lah aku leh packing baju ngan tenang dan jayanye....Memandangkan 70% aktiviti outdoor dan air, nampak gaya mcm tak sesuwey la pulak aku nak usung laptop nie....ishhkk. Tak leh ler aku berblog dr dalam utan. Neway, akan aku upload kan gambo2 menarik pengembaraan aku lepas aku balik nanti.
2 months ago

No comments:
Post a Comment