Cerita nie aku tujukan khas untuk Chee memandangkan dia tak masuk AMnet dah la nie..
Nie pengalaman yang berlaku masa zaman sekolah menengah. Aku dok kat sekolah asrama penuh kat selangor. Dan aku rasa memana sekolah asrama pon mesti mengalami citer2 misteri lelebih lagik bila musim peperiksaan. Sekolah aku nie pon tak terkecuali. Dr zaman aku tingkatan 1 sampai tingkatan 5...tetiap tahun ada jek gangguan2 nie. Cuba jenis gangguan berbeza2 setiap tahun. Namun aku tak banyak first hand experience cuma kengkawan aku ramai la yg terdengar, terbau, atau terjumpa.
Kisah nie berlaku time SPM. Havoc jugak asrama aku time nie. Setiap dorm ada dalam lebih kurang 24 penghuni. Dan dorm2 nie telah diasingkan dimana pelajar yg akan amik exam SRP, SPM dan STPM diletakkan bersama manakala yg lain2 diletakkan dalam dorm2 lain,agar tak mengganggu konsentrasi. AKu dok kat dorm paling atas, tingkat 2 dan tepi bilik baldi.
Ia bermula dengan kekecohan pada satu malam. Jam 2 pagi...sumer dah nyenyak tido termasuk aku tetiba aku terjaga pasal bunyi org ramai berlari2 depan asrama. AKu dan beberapa org kawan aku bangun la...dan terus bukak pintu sambil2 bizi bodi bertanyakan org yg berlari nie apa yg bising2 nie. Kawan aku Farah dari bilik sebelah pon cakap, ada org laki masuk dorm diorang. Katanya....malam tuh pintu dorm tak ditutup pasal ada student dok setadi menggunakan lampu koridor. Jadi bila dia tidur...dia biarkan pintu tu terbukak. Jadi sumer org dah tido kecuali sorang adik nie. Dalam dia dok ngelamun...tetiba dia nampak bayang2 org lelaki berdiri kat depan pintu. Katil dalam bilik tuh disusun dalam bentuk U jadi sumer org boleh nampak pintu depan. Budak nie dah gabrak n dia pon bebuat tido tapi ekor mata dia dok perati lembaga tuh. Lama2 dia dok tgk bayang lembaga nie...baru dia pasan dia nie manusia dan dia nie tak pakai apa2. Bertambah ketaq la dia atas katil tuh. Lupa nak cakap...adik nie dok katil bawah.
Lembaga nie berjalan perlahan2 lahan melihat setiap katil. Tapi sebelum dia sampai katil adik nie, dia stop kat katil sebelah adik nie. Dia pon mula merapati katil sebelah dan menghulurkan jari dia seolah mau meletakkan sesuatu di bahagian wajah org sebelah. Kerana takut sesuatu yg buruk akan terjadi, adik nie pon terus menjerit sekuat ati "Laki...laki masuk bilik"dan terkejut lah lembaga itu laru berlari keluar. Semua yg terbangun terpinga2. Yg mana yg pantas tuh terus cuba mengejar. Tapi by the time sampai tingkat satu...lembaga tu ilang tanpa sesiapa dapat melihat wajahnya ataupun kelibatnye.
So memandangkan sumer org dah jaga n sumer org try carik tak jumpa jugak org itu. Jadi semua assume prg tuh dah keluar dr asrama. Maka sumer pon sambung la tido balik. Then dalam pukul 4 pg terdengar la pulak jeritan kedua. Lembaga itu dilihat menuruni tangga dr tingkat satu ke bawah. Rerupanya org yg disangka telah keluar tu...masih ada dikawasan asrama. Yg hairannya, kat mana dia sembunyi. Bila dicari tak jumpa. Jadi bermula lagi sekali operasi mengejar lelaki itu tapi sama mcm yg first...dia lesap mcm tuh aje. Asrama aku nie cuma dua blok...so tak besar mana pon.
Then lepas subuh dalam semua org tgh siap2 nak gie sekolah sambil berspekulasi ttg apa yg berlaku malam tadi, tetiba akak najihah berlari masuk bilik ngan baju sekolah yg comot dan kotor. Muka dia dah pucat n nak nangis jek tapi dia tak leh nak pasal terkejut sgt. Bila akak2 lain tenangkan dia....baru lah dia citer. Dia tgh nak pie sidau baju kat ampaian belakang asrama dalam kul 6.45 camtuh. Gelap lagi keadaannye....tetib a out of the blue ada sorang mamat nie sergah dia. Mamat nie tak pakai apa2 kecuali spender wanita. Terkejut la kakak tuh...dia balik baldi dia tapi dalam dia nak lari tuh tergelincir2 la dia pasal kawasan tuh ada lantai licin. Then apa lagik...kecoh la asrama buat kali ketiga ttg mamat misteri itu. Kali nie ustaz dipanggil, warden2 lelaki pon turut mai. Tapi selepas usaha mencari....tak jugak jumpa. Semua orag musykil....sapa nie...org ke bukan?? Napa susah sgt nak kejar atau tangkap.
Setat malam tuh suasana asrama pon bertukar. After 10 pm jek sumer dorm diwajibkan membaca Al Mulk dan surah Yassin. Dan pintu wajib dikunci. Semua org tak dibenarkan tido kat bilik study, wajib masuk dorm dan setiap dorm mesti dipagar setiap malam.
Setiap malam pasti ada sighting lembaga tu di asrama. Samada di dalam toilet atau di dalam dorm. Sampaikan budak perempuan takut nak balik ke asrama (aku balik lambat pasal kena jaga koop). Jadik, setiap malam lepas prep org laki akan ditugaskan untuk check setiap bilik n toilet sebelum bebudak pompuan balik. And suatu malam tuh diorang dapat nampak lembaga tuh di asrama dan cuba kejar tapi peliknya hilang bila sampai ke bangunan sekolah. Sampaikan pihak sekolah terpaksa pasang grill besi untuk mengelakkan sesiapa naik ke tingkat atas lepas kul 10mlm. Tapi kehadiran lembaga itu masih berterusan. Kali ini dia seolah2 mcm dah evolved dari manusia dia mcm boleh menukarkan diri dia kepada bentuk lain. Satu malam tuh adik Ana yg tido sebelah tingkap ke arah koridor asrama terjaga dalam kul 1 pagi. Memula dengar la kucing mengiaw dan berjalan kat sebelah koridor dia. So dia bo layan jek la then suddenly dia notice dr celah tingkap yg berlubang pasal pecah ada satu tangan berbulu cuba mencapai2 engsel bilik yg dikunci dari dalam. Tapi tak tercapai jugak and then bila disergah terus tangan tuh ditarik. Bila adik Ana nie intai ke luar....tak nampak apa2. Tak dengar bunyi org berlari pon...hanya kucing hitam aja. Wallahualam.
So satu malam tuh aku tido lambat ngan dua org kawan aku pasal nak study untuk SPM. Suasana yg sunyi tuh dipenuhi dengan bunyi kucing yg menyeramkan. Seolah2 kucing nie tgh memberitahu sesuatu. Dia mengiaw pon lain mcm jek. Pastu kitorang pon buat bodoh dan sambung setadi. Adik2 form 3 sumer dah mai usung bantal, nak tido ngan kakak2 SPM atau STPM. Takut punya pasal. YG kakak2 pon takut jugek..tapi kontrol ensem ler. Malam tuh ada bilik sebelah yg kena kacau....diorang dgr ada mende berlari2 atas siling. Ada bilik yg digoncang2 pintunye dari luar. And bilik baldi abis diamuknye...sampaik an baldi tak berdosa menjadi mangsa.
Oleh kerana kekerapan lembaga ni mengacau...sampaika n polis pon kena panggil untuk tangkap. So malam tuh ustaz dan polis dok sembunyi bawah pokok...tapi tunggu punya tunggu....dia tak muncul pulak malam tuh. Mcm tau2 aja...
Perkara nie berlarutan dekat sebulan. Lepas beberapa kali solat hajat last2 gangguan nie pon ilang. Nasib baik takdak kejadian yg tak diingini berlaku mcm histeria ke apa. According to ustaz, sebenarnye lembaga ni manusia sebenonye. Tapi dia nak mencuba ilmu hitam dia. And dia ingatkan asrama kitorang nie tpt yg sesuwey nak cuba memandangkan ompompuan ramai kan....cun2 laks tuh (pasan angat...heheh). Tapi ayat Allah lagi besar kuasanya dari ilmu manusia nie....
2 months ago

6 comments:
Posting yang baik.
terima kasih
HAPPY CHINESE NEW YEAR
Terima kasih.
Tahniah kerana boleh berbahasa Melayu.
Wah!
Serem jugak cerita kau ni Lina!
Wuhuhuh...inilah yang aku rindu bila masuk amnet, baca cerita cerita hantu u olls..
Terima kasih lah kerana sudi post cerita ni di blog kau...waaaa terharu sungguh hambe...
Emuahs! Thanks!
Aku pon terharu jugek...
Next time...apa yg aku post kat sana...akan aku post kat sini untuk tatapan ko...
Lina, mamat yg kaco tu oily man(org minyak) ker?..
Kat area sini(bt 12, chrs) mmg mcm2 ada.. bukan gangguan dari makhluk ghaib.. tapi dari org gak..
jtk...tuh la. memula saspek oily man..tapi mcm tak..pasal dia bertukar2 bentuk kan...
ntah2 makhluk jadian kot....seyes tatau....
Post a Comment