Lama betui tak buat posting masak2 kan? So marilah kita lihat hasil masak2 saya semalam.

Boleh teka dak apa tu? Ye kengkawan...itu adalah pancake durian cubaan pertama mengikut resipi yang aku jumpa kat Berita Harian last week. Still there is room for improvement. Rasa inti dia which is durian dan whipped cream, memang marbeles. Cuma aku tak pueh hati ngan dia nye kulit. Next time mixture tu kena kasi cayaq sket.
Aku mula tau tentang pancake durian nie masa aku gie lunch dim sum kat Lai Po Heen, Mandarin Oriental. Nak tengok ghupenye sila ke blog ni. Sedap yang amat....tapi reganya pon sedap jugek le. Untuk 3 ketui ini harga dalam RM18. Takpala...first time kan. Then lepas tu aku jumpa similar pancake dijuai kat salah satu gerai di LG Mid Valley/The Garden dengan harga RM10 untuk 6 ketui.
Jadi untuk sesapa yang suka durian and tak penah try, anda wajib cuba sekali. Untuk yang lenlain, sunat jek.

2 comments:
perghhhhh... gigih buat sendiri tuuuuuuuuuuuuu
hehehe...memang pon!!!!!!
Post a Comment