Selamat tiba jam 1.30 tengahari tadi. Zura dah pun sampai awal 15 minit dengan penerbangan AirAsia. Mesti pilot AirAsia speeding pasal flight aku depart awal dari flight Zura. Sedikit kejutan dengan menu MAS. Agak lama tak menaiki flight MAS ke Kuching. Makan tengahari selain dijamu dengan pilihan nasi beriani ayam atau nasi putih dengan kari ikan, kami turut dijamu dengan kek buah dan juga ceklat Ferraro Rocher 3 ketul. Kemudian disudahi dengan Baskin Robbins.
Lina (nama kawan aku daaa..) dah pun sedia menunggu. Destinasi pertama ke rumah Kak Mie di Muara Tuang. Ada sesi BBQ ayam dan lokan (sejenis makanan laut yang ala2 oyster). Kami ke pasar mencari sayur midin untuk digoreng belacan dan aku mengambil kesempatan membeli seekor ikan terubuk bakar sebagai lauk tambahan. Lama betul tak gelak kuat2 macam tadi. Mak Lina dan Kak Mie masih seperti dulu, mesra dan maintain slim. Tepat jam 6, terus kami menuju ke rumah Lina diseberang sungai, menghadap waterfront. Aku yang memang tidak cukup tido gara berjaga sampai jam 4 pagi tadi, terus flat selesai cerita Cinta Balqis. Jam sepuluh baru terjaga. Nasib baik dah mandi rumah Kak Mie, so tak yah la sibuk2 nak mandi dah.
Malam nie, Lina n anak2 dah tido awal. Aku dan Zura sambung sembang dibilik. Zura akhirnya tewas juga dalam melawan ngantuk. Aku??? Masih berjuang dengan assignment. Esok pagi, plannya menyeberang sungai dengan sampan untuk ke waterfront dan seterusnya ke kedai auntie yang menjual tikar. Selepas Jumaat, ke Kg Budaya untuk beronggeng!!!!!!!
2 months ago

4 comments:
Lina, ni tak mandi lagi ka?
Apa kata terjun sungai ja? Baru rock.
Jangan Lina ! ...Marts transform jadi Bujang Senang nanti terus ngap Lina!
...Ngap Sayotttt..!!!
Lina, Marts bagitau uncle - dia pesan suruh Lina beli tikaq sawak - nak buat alas masa dia akad nikah(dia malu nak habaq sendiri)
Uncle, Marts lupa Lina tak reti berenang kan?
Tikar tu Marts ke Uncle yang nak? Wa ka ka ka...
caiiit....sapa kata lina tak pandai berenang. pitenah tuh....
marts nak makan bara api ka????
hahahahahahah..
Post a Comment