Friday, August 21, 2009

Pucat Gua...

OKay kengkawan....hampir pucat saya tadi bila saya dapati saya tak boleh akses broadband.

Ini semua gara2 antivirus baru yang diarahkan oleh opis saya untuk diinstall ke dalam pc/laptop anggota kerja. Saya yang menurut perintah pon install la dengan jayanya. Lalu saya pon mengetest power antivirus itu. Ye...tak dapat dinafikan memang power kerana beberapa malware yang tidak dapat ditangkap oleh antivirus sebelum nie telah dapat dihapuskan dengan jayanya oleh antivirus yang baru ini. Lalu saya pon pulang ke rumah sambil bernyanyi lalalalalala...

Setiba di rumah saya pon tercacak di depan TV untuk melihat Nurkasih. Niat di hati nak terawih di opis terpaksa saya batalkan kerana teringat date ngan Nurkasih (sungguh tak bagus tau jiwa ini..). Sambil layan TV tangan saya sibuk mengiron baju2 yang sebakul itu hingga selesai. Berpeluh2 dibuatntya. Tapi tidak juga kurus saya ini. Kemudian selepas mandi dan saya tengah bersedia untuk solat Isyak dan kemudian Terawih, saya pon on la laptop. Ye lah....sementara solat itu biarlah laptop ini donlod apa2 yang patut. Sekali saya onkan broadband modem saya...no signal. Ish....menggaru2 kejap kepala saya. Tukar ke GPRS pon tak jalan jugak. Bukak dan cucuk balik pon...tiada perubahan. Langsung teringat lah saya pada antivirus yang baru itu. Saya cuba nak letakkan exception, dia telah disablekan function itu. Saya cuba disablekan software tu pon tak boleh. Kemudian saya cuba yang lebih extreme, uninstallkan software, pon TAK BOLEH!!!!! Apa lagi...saya sudah hangin la. Pasal assignment tak siap. Saya nak access online library guano??????? Nak submit assignment takkan nak kena gie opis. Bukan sebelah idung pon opis tu.

Lalu, saya solat Isyak dulu. Kerana jiwa yang kaco nie, tidak khusyuk solat saya. Dalam kepala nie boleh siap dah karang email nak dihantar ke security yang suka suki jek block broadband saya. By the time saya bagi salam, boleh tetiba dapat idea. Syukran kepadaNya. Walaupun Dia tahu saya tak khusyuk, tapi Dia membantu jua.

Idea saya ialah, saya reinstall lagi sekali software antivirus itu. Masa tengah install, software ini akan otomatik remove yang lama. Masa dia dah remove dari toolbar, cecepat saya haltkan installation itu. Maka, software itu sudah tidak membelenggu laptop saya dan otomatik saya mendapat akses broadband. Alhamdulillah. Sekarang, barulah saya boleh solat terawih dengan tenangnya.

Jadi to MN and ML, silalah beringat sebelum kena macam gua nie.....Kalau tak, kompom tak khusyuk cam gua jugak....hehehehe.

3 comments:

Ms Lola said...

gua kalau boleh takmo guna BB kat laptopn opis. Kecuali kalau darurat

LiNa said...

masalahnya beb...lu install software baru tuh..langsung tak bleh pakai bb...walau keadaan darurat sekali pong!

MN said...

wa sudah ada itu netbook. jadi hati tidak gundah gulana lagi.