Memandangkan MN dah mengucapkan selamat hari jadi kepada saya di blog beliau, maka saya terpanggil untuk membuat ucapan terima kasih di sini.
Terima kasih kepada MN dan juga rakan SMAPKians dan UNIMASians yang bertalu2 menghantar ucapan di FB saya. Pada mulanya saya agak sayu kerana selepas jam doblas tengah malam tadi, kerana SMS pertama yang saya terima adalah dari Cik Juli dan seterusnya dari Cik Rina. Dua orang sahabat yang paling istimewa. Walaupun saya ini sering lupa akan besday mereka, tapi mereka tidak serik2 untuk mengewish saya. Korang memang penyabar...hehehehe.
Seikut hati saya, saya sendiri tidaklah teruja untuk menyambut hari lahir ini. Ntahla...rasa macam selalu aje...muda remaja. (kununnye...ehehehe). Bagi aku, aku tak letakkan umur nie sebagai pengukur kehidupan. Aku lebih suka melihat sudah sejauh mana aku melangkah (eh...mcm iklan Petronas pulak). Sebanyak mana aku berbakti kepada keluarga, kengkawan, agama dan bangsa. Adakah mencukupi? Tentulah jawapannya tidak. Aku rasa, lagi 50 tahun lagi pon belum tentu puas hati ini dengan apa yang kita capai. Itulah manusia namanya. Tak pernah cukup. Tapi, moga aku tergolong dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang diberikan.
Moga diumur aku yang masih muda remaja nie, Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi manusia yang lebih baik (dan juga lebih kurus...). Amin..........
2 months ago

2 comments:
Niat jangan lupa....
Mu ha ha ha...
Besday kena banjer org yg tak besday. Kurang2 pun San Francisco Steakhouse.
amboi...terbalik sudah ini.....
happy birthday marts....jgn lupa belanja ek...hahahhaah
Post a Comment