Baek...mari kita mulakan sesi bergambar kita. Korang jangan tanya nama menu kat sini pasal semuanya panjang2 belaka...tak terhapal dek kepala aku yang pada masa itu dok mencongak treatspoint Maybank yang nak di redeem.
Di sini ialah gambaran menu yang bersepah di atas meja. Ini adalah kerana keghairahan semua pihak untuk menengok itu dan ini, kejap2 nak makan itu kemudian nak makan ini tapi akhirnya makan itu jugak.
Ye, jari2 mulus ini adalah mereka2 yang terlibat untuk sesi makan ini. Yam seng ini merupakan upacara mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana akhirnya telah berjaya memilih menu yang diidamkan.
Kita mulakan ngan menu ML. Ya tuan2 dan puan, ML hanya makan ini sahaja. Saya kagum dan kaget melihat menu beliau yang satu ini. Kagum kerana daya tahan makan beliau begitu tinggi. Kaget kerana saya takut dia lapar lagi dan dia makan makanan saya....hahahahahah
Menu saya simple sahaja. Dua role apa ke benda namanye nie dicicahkan ngan kuah yang seakan2 kuah kacang. Yang pasti, rasanya memang marbeles.
Seterusnya, main course saya. Pasta dan ayam. Susah saya nak describe rasanya tapi memang kena lah ngan tekak panjang saya ini.
Dan, pemenang untuk pemakan yang terbanyak jatuh kepada MN. Dia makan 3 dish termasuk miso sup. Dan saya tak heran kerana malam ini dia akan berlari 3 kilometer untuk memastikan kesemua kalori yang dikumpul ini ilang dengan magiknya....(ye saya tau MN, saya ober!).
Apa yang pasti, kami akan menyerang lagi tempat ini bersama ahli2 baru nanti. Kita tunggu.....
p/s: kepada MN dan ML....silalah kidnap gambar2 yang berkenan di ati ye...

6 comments:
Hoh! Pasta Zanmai tak halal.
*kataku dengan jeles memandai2, bila la dapat pi sini*
jom...jom...jom...
marts belanja kan??????
Lina,
The food looks tempting.. hehehe.
Kecur air liurku di pagi ini. hehehe. Kat mana tpt ni ek?
Yea.. yea...
Review dari Lina..
Baru aritu Ammal & Marts dok tertanya-tanya. Halal ke Pasta Zanmai ni.
Jom pie makan sama2 jom. Boleh Lina rekemen nak makan apa. Ammal baca menu jer pun dah pening... banyak betul choice dia...
Haaa...
Nak ikut jugak!
Nampak kat Sunway Pyramid pun ada.
Akina...lina besa pie kat MidValley jek...first floor, facing Toys R Us....musti try!!!
Ammal...kena la set lunch time sama. Kita hangkut Marts skali supaya dia leh bayo...hahahaha
Post a Comment