Thursday, July 30, 2009

Feed The Fasting

Kebetulan di pejabat aku nie Islamic Relief Malaysia ada buat booth untuk promote program mereka 'Feed the Fasting'. Dah berapa hari dah aku dok jalan depan booth nie tapi tak terpanggil nak singgah. Bila terpanggil nak singgah mesti dah petang dan booth pon dah tutup.

Kebetulan hari nie aku lalu masa lunch time dan terus aku meluru (sedikit over di sini..) ke booth. Adik di booth pon explain tentang program ni di mana setiap satu pack makanan yang disedekahkan (yang nilainya ialah RM50) akan di edarkan di dalam negara dan juga luar negara bagi mereka yang memerlukan sempena berbuka puasa di bulan Ramadhan ini. Ada beberapa option untuk derma either by cek, atau deposit ke akaun CIMB or MBB. Internet banking pun buleh.

Just in case ada hamba2 Allah yang nak derma, nie no akaunnye (yang pastinye bukan no akaun aku).
CIMB : 1259 0000 804 058
MBB : 5621 4270 8704

Jadi, untuk maklumat lanjut silalah ke website http://www.irm.org.my/index.html dan marilah kita membantu mereka2 yang memerlukan. Kita kat sini dok makan sedap2, kena ingat gak kat orang lain yang belum tentu ada makanan ke dak. Isk..isk...insap dibuatnya...

No comments: