Wednesday, July 8, 2009

3 Hari

Sudah 3 hari saya tak makan nasik.

Dan sudah 3 hari saya rasa budget makan saya naik mendadak (yo lah...ekau tak makan nasik ekau gi makan pasta yang mahey sapa suroh).

Dan selama 3 hari ini jugak saya stayback di opis hingga malam. Eh...jangan la kata saya berdedikasi dengan kerja. Bukan...bukan....bukan. Saya stayback nie kerana saya nak siapkan assignment sekolah. Nak bok balik rumah, saya rasakan saya banyak pandang TV dari pandang buku, maka saya pon mengambil keputusan untuk siapkan di opis.

Dan dalam 3 hari ini juga saya stress dengan dokumen pejabat yang perlu disiapkan sebelum Jumaat ini. Isi kandungan dokumen telah siap semalam dan di email ke tuan2 besar. Masalah saya ialah kesukaan tuan besar yang suka beno mengomen last2 minute. Ini pon tak hantar lagi kat gua final version yang dikomen untuk gua edit. Sempat ke dak nak hantar by Jumaat nie? Ah!!!! Pedulik. Kalau tak sempat, bukan salah gua ye tuan besar......

Dan juga, sepanjang 3 hari ini aku asyik teringat nak beli safety boots. Bukan untuk aku gunakan bagi mencederakan orang, tapi untuk kegunaan aku bila ke Pantai Timur minggu depan. Hari Ahad nie, sebaik jek kelas habis jam 7 malam, aku perlu bergegas ke epot untuk naik flight ke KB. Dari KB nanti aku akan turun ke KT then ke Kontan then terbang semula ke KL. Maka, minggu depan gua akan bebas dari opis.....YABEDABEDU!!!!!!!!!!

Dan akhir sekali, dalam 3 hari ini, sesungguhnya aku berjaya membuktikan pada seseorang itu yang sekiranya kita berniat kita pasti berjaya.

2 comments:

marts said...

sedapnya nasi dagang, nasi goreng kampung, nasi ayam hainan, nasi kerabu dan juga nasi goreng ikan masin.

nyum nyum nyum...

tengah malam ni rasa nak niat makan nasi 5 hari berturut-turut!

Dengar cerita nasi kat Kuantan sana sedap2 belaka!

LiNa said...

ish...dia nie la racun paling berbisa sekali.....

Ya Allah, tetapkan jiwa dan iman hamba mu ini. Berikanlah selera yang besar kepada En Marts untuk makan nasik siang dan malam....AMIN!!!!