Saturday, June 6, 2009

Laksa Sarawak Bersama Kak Non

Hari ini pertama kali aku memasak laksa ini. Itupun kerana Cik Chee berbesar hati memberi aku sebungkus perencah laksa yang dibawa khas dari Sawak. Laksa Sarawak nie menggunakan bihun dan juga santan di dalam kuahnya.

Oleh itu dik Non sekalian, ari nie Kak Non nak menceritakan, cara2 membbuat laksa Sawak ye.

Mula2, rebuskan ini dalam 2 liter air.

Lepas, ayam dan juga udang dah masak, keluarkan bahan2 itu dari air rebusan. Ayam nie nanti akan di carik untuk diletakkan ke dalam laksa bersama2 udang yang direbus tadi sebagai aksesori.

Masukkan perencah ini dan juga serai yang diketuk kedalam air rebusan itu tadi dan biarkan mendidih.

Bila dah mendidih, masukkan santan dan bairkan dia mendidih lagi sikit. Then tutup api.


Then aksesori yang diperlukan adalah telur dadar yang telah dihirs, daun ketumbar, limau, taugeh yang dicelur, udang dan juga ayam yang direbus tadi, dan juga sambal.

Sambal dia sempoi jek. Cili, belacan dan juga limau.

Hasilnya adalah ini.

Amcam...suka tak????

4 comments:

marts said...

hmm lenkali boleh la marts dengan uncle makan kat rumah Lina je. Mcm best je laksa tu.

LiNa said...

errr....sekali jek masak tuh. tak dak next time2 dah....hehehe

Taichee~@! said...

waaaaa harusss nampak sodapppp!
Uwaaaa

aku tak sompek makan ko punya laksa sawak!
takpe nantik aku belikan rempahnya lagik enh

LiNa said...

hehehe...aku makan tuh aku ingat ko chee....next time nooo...pas rempah ko sampai...