Terbaca post Staz pasal Restoran Four Season, teringat pulak kisah lama aku masa di Kota Bharu beberapa tahun yang lepas. Restoran nie sebenarnya restoran yang menghidangkan makanan Cina halal. Sedap masakannya. Aku tau kewujudan restoran nie dah lama tapi tak berkesempatan merasa sehinggalah pada satu hari beberapa tahun yang lepas (aku tak ingat tahun bila daaa....)
Aku dan Mici telah membuat perancangan mengejut untuk ke KB semata2 untuk memborong tudung bawal. Zaman tu, tudung bawak la tudung paling in. La nie tak kawan sangat dah ngan tudung bawal tu pasal kena iron (ye aku ngaku aku malas..). Jadi kami membeli tiket Air Asia di bulan puasa yang kosnya kurang dari RM100 untuk tiket pergi balik. Kami bertolak di awal pagi dan kami pulang pada malam yang sama. Segala perancangan telah dibuat. Kereta aku sewa dari Abe G je (apa cerita la Abe G la nie....). Kalau tak silap 30 hengget ke 40 hengget untuk kereta kancil. Jadi, sebelum subuh aku dan Mici bergerak dari rumah. Sebelum sampai di epot kami singgah di R & R. Azan subuh telah berkumandang. Alamak! Macamana nie? Walaupun kami dua2 off tapi kalau beli makan pas azan subuh seperti memberitahu satu donia kami tak puasa. Tapi, kami tebalkan muka. Beli 2 bungkus nasi lemak dan 2 bungkus air. Masalah kedua, port nak makan kat mana pulak nie? Akhir sekali, di parking lot KLIA (time tu Air Asia kat KLIA lagi), dan di dalam kereta Wira Aeroback Mici lah kami bersarapan. Rasa macam tikus jek pasal makan tertunduk2 dan takut dilihat orang. Kemudian kami meneruskan penerbangan kami,
Sampai di KB kami begitu bertenaga (ye la...dah cukup makan). Abe G datang ambil kami ke rumah untuk ambil kereta dan terus aku memandu ke destinasi. Pasar Siti Khadijah. Well, tempat pertama yang kami pergi tuh kami ingatkan Pasar Siti Khadijah tapi rupanya bukan. Itu pun kami dapat tau bila aku tanya orang keliling nombor kedai kepunyaan ibu kawan aku dan orang2 itu cakap nombor itu takdak di sini (mesti kawan aku tau sapa dia...hehehe). Masa nak cross jalan baru la aku nampak Pasar Khadijah. Cehhh! Macamana boleh silap bangunan nie. Bukan tak pernah sampai. Tapi ye lah kan, sebelum nie orang yang bawak. Nie first time bawak diri sendiri. Di Pasar Khadijah yang sebenar baru lah kami ketemu kedai yang dicari. Jadi, pilih punya pilih sampai tengahari jugaklah kami di kedai tersebut. Design cantik, diskaun pon cantik jugek....Tima kasih Makcik!!!
Dah tengahari, kami dedua dah mula lapar. Nak makan mana nie? Semua kedai makan tutup kecuali fast food. Kami tak nak la fast food, nak makan besh2 (dah lah tak puasa...memilih pulak!). Jadi, aku pon teringat nak mencuba Restoran Four Season. Aku dengan yakinnya bagitau Mici, 'Dun wori Mici, kedai tuh musti bukak. Pasal dia cater to muslim and non-muslim'. Dan tekaan aku betul. Kami sampai disitu, terdapat tanda kedai BUKA. Syoknye!!!! Untuk menghormati bulan puasa, kami pon tapau jek. Aku tak ingat apa, tapi kitorang order 3 lauk dan juga nasi kosong. Dapat jek makanan2 tapau itu, isu tempat makan pulak timbul. Nak makan dalam keta susah jugak pasal tempat parking tu open. Jadi kununnya nak makan di tepi Pantai Cahaya Bulan. Aku pon drive ke tepi pantai. Ingat boleh la makan di balik2 pokok ke apa. Sekali kawasan pantai pulak kena tambak. Jadi, kawasan tuh jadi lapang sangat. Tak ada tempat nak cover. Maka, aku teruskan pemanduan yang ntah ke mana. Drive punya drive, aku dah masuk ke kawasan kampung. Kampung nie rumah dia jauh2 dan hanya ada satu jalan yang boleh muat satu kereta jek di dalam kampung itu. Sekali sekala basikal atau motor akan melempasi kereta kami. Cari punya cari spot yang baek, tapi tak ketemu jugak. Perut dah lapar sangat. Bau makanan yang enak dah menusuk ke hidung. Akhirnya, cadangan untuk makan ala2 piknik di tepi pantai bertukar ke piknik di dalam kereta yang di parking di tepi jalan kampung ntah apa namanya. Tengah2 makan bila ada motor lalu, terpaksa la berlakon cari2 barang bawah kerusi. Tersedak jugak aku dibuatnya. Hampeh sungguh aksi time tuh.
Dan, piknik ini menyaksikan kami makan pada kadar yang begitu pantas. Bukan kerana lapar, tapi kerana takut ditangkap orang kerana tak puasa. Kalau kat Penang dah gerenti kena naik kereta mayat. Tapi kat Kelantan aku tak sure lak apa hukumannya. Walau apa pun hukumannya, kami tidak sanggup okeh.
p/s: Perjalanan ini juga telah menemukan aku ngan sorang stalker di epot KB. Nasib baik berjaya melarikan diri...
2 months ago

10 comments:
Hahaha...rasa nak terburai isi perut bila baca kisah ni...
tuh la staz....time tuh tak kenai staz lagi...kalau kenai lagi lagi saya takut nak jejak KB tuh...hehehe
Elok gak tak kenal...
Saya seorang yang baik dan beriman seperti uncle. Tak macam martsuis - dia tak hensem dan mempunyai tapak kaki yang amat besar.
kalau baik dan beriman mcm uncle...baik lah lina kawan ngan org kaki besaq tuh....hehehe
hehe.
Nak suruh hantar rombongan ke?
saya volunteer jadi tukang bawa tepak sirih...
staz sponsor bas rombongan
Nampaknya tak lama lagi kita akan bersandiiiing!!!!
sat! sat!
(lapik bantai besar pengantin nak bersila depan kadi)
err...staz, lesen jadi jurunikah idup lagi ke?
apa nie....??????
bila masa lak ada org cakap nak kawen??? org eja K.A.W.A.N laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
Post a Comment