Tuesday, June 2, 2009

Day 4 : Hamilton-Morrinsville-Te Aroha-Thames-Coromandel-Whitianga-Hot Water Beach-Tairua-Thames-Te Aroha-Hamilton

Okay, mari kita bercerita aktiviti hari ke empat.

Kami bergerak awal pagi, ada la dalam pukul 8 lebih. Kebetulan Ajip, adik ipar Rina cuti hari tu. Jadi, dia telah menawarkan diri untuk membawa kami ikut jalan shortcut ke Thames bagi mempercepatkan perjalanan kami ke Coromandel. Jalan short cut nie membawa kami ke jalan2 dalam maka dapatlah kami bergambar dengan pemandangan kampung seperti di bawah ini.

Sebelum sampai Thames, kami lalu ke bandar Paeroa. Bandar ini terkenal dengan minuman rasmi NZ iaitu botol besar ini. Kalau nak tau explanation yang lebih detail, baca jek la kat penerangan di bawah gambar tu.

Seterusnya kami ke bandar Thames. Bandar Thames tak la cantik sangat. Kawasan laut dia macam laut kawasan perikanan. Keruh sikit. Selepas berpisah dengan Ajip, kami meneruskan perjalanan kami secara duet ke Coromandel.

Then kami stop kat Waiomu Beach untuk bergambar bersuka ria. Kunun2nya nak gambar sambil melompat. Tapi, nie jek la gambar lompatan paling berjaya yang disnap oleh Cik Juli. Kerana terlalu horror, maka aku kecikkan gambo nie supaya tiada yang mimpi ngeri malam nanti.

Perjalanan seterusnya, kami terjumpa satu area nama KERETA. Cam tak caya jek org NZ pon pakai bahasa kita kat sana taw. Jadi Juli pon amik gambar nie sebagai bukti.

Kemudian, sepanjang perjalanan kami dijamu dengan pemandangan yang menyejukkan.

Oh, lupa nak pesan. Kena hati2 sikit bila drive di sini pasal jalan dia memang kecik. Dah la kecik, takdak divider lak antara jalan ngan laut atau lereng2 bukit. Lori balak pon boleh tahan lajunya. Kat bawah nie kira jalan yang okay ler, ada yg lebih mencabar dari nie.


Selepas melepasi Whitianga (sebutannya fitianga), kami detour ke Hot Water Beach. Kami dah excited kerana ingatkan lautnya air panas. Lalu kami berlari2 ala2 Baywatch ke laut sambil membuka kasut. Sekali......sejuk macam air ais daaaaaa. Tapi sempat berposing lagi la...

Apabila kaki dah kecut, kami pon lepak2 di pantai sambil memberi makan nachos kepada camar laut ini. Banyak betui depa nie, dan kelaparan pulak tuh. By the time kami balik pon, siap ada seekor dua yang mengekori kami ke kereta.

Sebelum sampai kat kereta, baru la nampak signage Hot Water Beach nie. Rupanya, kawasan air laut yang panas tu kena jalan jauh sikit. Kitorang dah nampak dah ada ramai2 orang kat situ tapi malas nak gie kerana semua orang pakai swimming suit. Aku ngan Juli lupa bawak two piece kitorang, tuh yang malas nak join tu. Kenapa air situ panas panas? Pasal ada hot springs dekat kawasan tuh. Kalau air surut, kita boleh tanam diri kita dan menikmati pengalaman ala2 spa gituw.
Once dah selesai nie, kami pon drive balik melalui Tairua dan seterusnya ke Te Aroha untuk makan malam. Chef Ajip masak daging black pepper, sup ekor lembu, ayam bakar dan sambal belacan (camna tak gemuk dok sana). Dekat pukul 10 malam baru la sampai ke rumah.

Penat...tapi puas ati!

No comments: