Friday, May 29, 2009

Homemade Yogurt

Sekiranya anda peminat yogurt, maka mempunyai item ini pasti membantu memastikan anda mendapat khasiat yogurt yang lazat serta stok yang banyak. Ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang. Dan hingga hari ini aku memang guna sesungguh.

Apakah ini? Nie ler Easiyo Yogurt Maker. Seingat aku, aku beli mende ni masa temankan Mici ke SJMC tahun lepas. Ada promotion di depan farmasi SJMC.

Satu paket nie, kita leh dapat 1kg yogurt. NIe kira stok aku dua minggu la nie. Makan ngan cereal. Sedap hokeh!

Then, lepas 3 ke 4 bulan aku beli, aku terjatuhkan dia punya jar. Jar nie datang sekali ngan maker nie. Oleh itu, aku nye maker terpaksa la bersawang dalam almari. Masa aku ke NZ, aku nampak nie dijual di supermarket. Dah la ada 2 mini jar, siap bagi lagi satu additional jar. Kalau yang standard punya, jar yang tinggi yang tutup merah tuh jek. Murah pulak tuh. Maka, ini adalah antara item2 yang aku borong di sana. Ditambah lagi, Easiyo nie pon memang produk NZ....hehehehe.

2 comments:

marts said...

berapa rega dia?

LiNa said...

alaaa...tak ingat marts. tapi rasa macam seratus lebih. yang set jar tuh lina beli kat sana dalam RM30 jek.