Tuesday, April 21, 2009

Quick Updates

Aku masih lagi bergelut dengan assignment yang tak siap2 nie lagi. Dah dua hari berturut2 aku stayback kat pejabat untuk siapkan. Deadline hari Ahad nie tapi memandangkan flight aku Sabtu nie maka deadline aku ialah Jumaat nie.

Ada hikmahnya aku dipaksa masuk bilik. At least konsentrasi penuh dapat aku berikan kerana aku tak perlu jaga pintu lagi....muahahahahaha.

Semalam, kamera aku telah selamat dihantar ke DKSH kat PJ untuk diperiksa (periksa aje dah 30 hengget nie belum masuk repair yang mungkin cecah 450 hengget). Thanks to Marts yang bagi gambaran kasar area situ dan juga kepada Kittykat yang telah menjadi driver aku. Aku dah cakap, by Jumaat, kamera tu siap repair ke dak, aku nak amik balik. So kita tengoklah guano.

Lepas hantar kamera, terus cari port nak tukar duit. So, dah nak lunchtime pon, jadi Mid Valley la pilihan utama kami. Aku lunch di Pasta Zanmai bersama 'budak2 jahat'. Makanan dia makanan Jepun tapi fusion kot. Sedap tau. Dan aku pertama kali makan belut (kalau tutup mata tuh, rasa cam ikan jek). Kamera takda tapi kalau korang nak tengok apa rupa makanannya, sila gie sini. Nie cuma sebahagian aje. Banyak lagi yang boleh kita cuba.

Okaylah. Assignment time!

No comments: