Sunday, March 29, 2009

Setengahari bersama Yaya

Niat di hati selepas balik dari Hospital Selayang selepas menghantar Makcik Sara untuk admit ke wad, aku hendak balik tidur. Awal bangun pagi tadi tau....

Sebaik sahaja aku hendak masuk ke dalam rumah, terdengar suara yang amat familiar menyebut 'pepel (purple la kata omputih). Yaya rupanya. Sedang bercakap2 dengan Mamanya. Rumah aku dan rumah abang aku cuma beza setingkat jadi memang perkara seperti ini sering berlaku. Aku yang wendu sangat nak jumpa dia terus la jerit tdari bawah "YAYA!!!!". "Where r u Ngangah???" Dia menyambut. Terpaksa la aku kunci rumah balik dan naik ke atas. Peluk2 lebih kurang aku pon hantar dia balik ke depan pintu rumahnya. Kemudian, bila aku dah babai dia mula memberontak. Nak ikut aku. Dia ingat aku nak ke rumah Tok. Aku pujuk2 pon tak makan jugak. Akhirnya, aku kena bawa dia balik ke rumah dengan janji yang dia mesti nap (yelah kan...Ngangah ngantuk okeh!!!).

Sampai di rumah, anda rasa dia nak tido ker? Tentu lah tidak jawapannya. Dia nak soh bukak wadio, dia nak air segelas, dia main2 bawah selimut, dia nak nyanyi2 lagi. In the end, aku surrender. Aku pon ambil eye cover yang aku dapat masa naik flight MAS dulu dan terus pakai. Dah tengok aku pakai Yaya pon nak pakai jugek. Nasib baik ada satu lagi spare. Jadi aku pakaikan dia satu. Selepas itu dia pon kurang aktif. Sekali sekala aku intai dia, dia dok buat muka senyum, tak senyum, senyum, tak senyum pasal dia dok test pergerakan eye cover kat muka. Dalam sibuk aku intai dia sambil curi2 amik gambar, dia intai aku balik. Maka aku pon berlakon la tido, tapi tak sempat tarik eye cover maka terbuka la sebelah. Sibuk la pulak dia tolong tutupkan sambil bercakap sorang2 "Yaya tutup". Nak tergelak pon ada. Tapi wa tahan.

Baik punya tido, both aunty dan niece hanyut sampai 3.30 ptg. Aku bangun tadi pon masih elok jek terletak eye cover tuh kat Yaya.
Oh...ini bukan gambar Yaya tido...nie gambar dia posing sahaja.

No comments: