Lama betul kan aku tak letak posting pasal makan. Reason :
- Aku kurang makan (aku rasa la...)
- Aku kurang masak (hujung minggu asyik tak lekat rumah jek...)
- Aku malas...
Tapi, memandangkan hari ni syik hujan jek kat luar dan aku tak rasa macam nak keluar dari umah maka aku pon kena la kreatif untuk masak apa hari ini. Walaupun ada mee segera dalam umah ni, tapi aku still terasa nak gunakan senduk dan kuali gaks. Maka, dengan bahan yang amat terhad iaitu angel hair, udang, cendawan baby portebello, udang kering, bawang besar, bawang putih, cili padi dan juga tomato aku berjaya mencipta resipi sendiri. Taraaa.....

Boleh tahan la rasanya. Ingatkan nak masak untuk dua kali makan....tapi sekali hadap jek dah abish. Tak perasan pulak...hehehe.
No comments:
Post a Comment