Monday, March 23, 2009

Ku Ingatkan..

Ku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Ku ingat aku boleh berjaya turunkan berat, rupanya tak sampai dua minggu berat lama datang kembali. Hampes!

Aku akan letakkan kesalahan ini semua pada minggu lepas sewaktu aku berkerja di luar kawasan. Makan tak di jaga, minum tak cukup, bersenam apatah lagi. Ditambah pulak, hari ini aku seolah2 lupa untuk menjaga makan lalu membelasah macam2 sewaktu tengahari tadi. Termasuklah ice cream waffle. Di samping itu, dompet aku juga turut menderita kerana perbelanjaan yang tak disangka.

Sakit pinggang sudah berkurangan, Alhamdulillah. Maka, malam ini bermulalah marathon menggosok baju berbakul2. Minta diri ye....

No comments: