Thursday, March 19, 2009

Cap Pinggan

Penat weh...

Semalam kerja di Pasir Puteh selesai dalam 3.30 petang. Aku terus gerak nak balik. Niat di hati nak balik ke KL terus. Tapi kalau memandu ikut jalan Kuala Terangganu, akan ambil masa 8 ke 9 jam juga. Jadi, aku berniat untuk memandu sejauh mungkin. Kalau tak larat mungkin stop over di Kuantan.

Akhir sekali, aku ambil keputusan untuk berhenti di Cherating. Itu pun aku sampai kat situ dah jam 9 malam. Aku nampak Legend Resort, terus masuk. Nasib baik ada bilik, tapi mahey. Mementang cuti sekolah. Bilik dia biasa jek kalau nak dibandingkan dengan harganya. View aku tatau la. Tak tengok luar pon. Pikir nak tido jek. Pagi tadi pon, aku dah check out dalam 7 pagi.

Memula ingat nak cari Holiday Villa, tapi dah malam tak koser aku nak menggagau. Holiday Villa nie aku penah tinggal ngan geng2 bujang. Dia nye chalet best wooo dan harga dia aku rasa berbaloi sikit ngan bilik/chalet yang ko dapat...Ko ingat dak Juli, ada sorang kawan kita tergolek depan orang ramai masa kat sini? Then pagi tadi masa aku drive keluar dari Legend, baru la aku nampak Holiday Villa nie. Sebelah Legend jek.....ceeehhhhhhh!!!!!!

Dalam masa yang sama, semasa perjalanan aku dari Kelantan ke Pahang nie, aku usaha jugak untuk stop di beberapa gerai yang menjual keropok di sepanjang jalan untuk mencari keropok segera Cap Pinggan yang Rina pesan tuh. Cari punya cari, tanya punya tanya, tak jugak aku jumpa. Yang aku jumpa Cap Pinggan dan Keropok. Guano nie??? Lastly, masa aku berhenti dekat satu gerai area kat sempadan Kemaman-Cherating, abang yang jaga gerai tuh cakap 'Oh, makcik tuh dah 5 bulan tak buat keropok, semenjak anak dia kawin'. Lerrrrrrr......padan la tak jumpa. (Vagg, ko tolong siasat sikit dakwaan abang nie...betul ke???) Kawan aku dah cakap awai2 dah, tak mo cap lain...nak CAP PINGGAN. Nampak gaya, kempunan ler kawan aku sorang nie nanti kalau makcik tuh dah pencen.

No comments: