Aku bangun pagi nie dengan semangat yang berkobar2 untuk sampai ke kelas awal. By 7 pagi aku dah nak start enjin kereta. Sekali......bateri kong lagik. Ish...geramnye aku!!!! Dah berapa kali aku terkena macam nie. Bila aku semangat jek...ada aje mende yang buat spoil. Jadi opsyen seterusnya, teksi. Aku tau...kat bawah umah tuh kompom dah beratur teksi nak tunggu pelanggan. So tak la risau.
Aku sampai kat bawah, dah nampak 6 buah teksi menunggu. Legaaaaa!!!! Kiranya sempat lagi la aku nak sampai kelas awal. Kelas aku pon start pukul 8.30 pagi cuma aku suka pergi awal supaya aku boleh makan dengan tenang sambil tuh ingat nak bukak balik nota baca. Aku pon dengan muka manis cakap la, nak ke destinasi aku. Teksi pertama kata dia tak pergi. Tunjuk teksi belakang. Aku tanya teksi belakang dia tunjuk belakang lagik. Last2 satu teksi pon tak nak hantar aku. Aku dah mula nak hangin...tapi aku kool. Aku tengah positif pepagi nie...kang ilang mood nanti abis tak masuk ilmu. Aku pon kal backup kedua.....Abah!!!!! Nama pon dah Abah kan, terus Abah mai dan tolong hantar aku ke kelas. Then Abah kata takpa, nanti Abah akan tolong uruskan bateri kereta tuh. Ish...ayang angat kat Abah nie. Aku tak nak susahkan dia sebenonye pasal aku ingat nak panggil AAM datang lepas habis kelas. Tapi dah Abah semangat sangat nak buat....aku pasrah aje asal Abah gumbira cukup.
Dok dalam kelas ari nie, otak aku tepu tahap maksima dengan kualiti...kualiti...kualiti. Then adik aku SMS kata bateri dah ganti and minyak enjin pon dah isi baru pasal minyak enjin aku dah nak kering. Fuh...nasib bek Abah ngan adik aku tolong tengokkan. Kalau aku, mau haus kereta tuh pon aku tatau minyak enjin dah habis. Teruk kan aku nie? Take things for granted. Takpa, insyaAllah next kereta aku amik tau hal2 nie (kununnye...).
Aku plan tadi balik dari kelas aku nak amik teksi aje, dah bagitau Abah pon. Tapi aku cuak tengok cuaca yang tak elok kat luar. Mesti banyak jalan jammed nie. So maybe aku naik teksi ke stesen LRT yang dekat, at least cepat la sikit sampai. Sekali, lagi 15 minit kelas nak abis, Abah kal kata dia mai amik. Aik! Cam tau2 aja aku tengah berbelah bahagi nak balik dengan apa.
So selamat la aku hari nie di ambil dan dihantar oleh Abah. Rasa macam umo 12 tahun laks walaupon aku cuma tua sikit jek dari tuh....hahahahaha.
2 months ago

No comments:
Post a Comment